Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Mengarahkan Mahkamah Kembali Bersidang 27 Januari Ini

Utamakan Kes Kepentingan Awam
1. Demikian diarahkan oleh Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat, apabila mahkamah kembali bersidang 27 Januari ini.
2. Malah beliau mengarahkan supaya mahkamah terus bersidang walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Katanya ini adalah bagi memastikan sistem keadilan jenayah tidak akan terbantut dan boleh terus dilaksanakan sepanjang tempoh PKP.
4. Antara kes yang ditakrifkan sebagai kes kepentingan awam (public interest) adalah rasuah.
5. Dan antara kes rasuah profil tinggi yang ditangguhkan kerana pelaksanaan PKP sekarang adalah yang melibatkan Mohd Najib Abdul Razak, Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa orang lagi pemimpin Umno.
6. Tengku Maimon berkata, semua kes jenayah dalam mahkamah terbuka akan diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada kes-kes berikut:
(a) Kes-kes sebelum 2020 dengan keutamaan kepada penerusan pendengaran.
(b) Kes-kes yang melibatkan juvana.
(c) Kes-kes kepentingan awam meliputi rasuah, jenayah perdagangan, alam sekitar, habeas corpus, keganasan rumah tangga, pelanggaran peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan
(d) Mana-mana kes yang dimohon oleh pihak-pihak untuk didengar beraskan sebab khas dan keadaan luar biasa.
7. Pada Januari 12, melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kehakiman telah mengarahkan agar semua perbicaraan kes jenayah dalam mahkamah terbuka tidak dijalankan ketika PKP antara 13 dan 26 Januari. Ini, antara lain, menyebabkan perbicaraan Mohd Najib dan Ahmad Zahid ditangguhkan.
8. Perintah Tengku Maimun ini sekali gus membuktikan kebebasan Kehakiman dan menghilangkan kegusaran yang PKP dan Darurat akan melambatkan penyudahan kes-kes profil tinggi yang sedang dibicarakan.
9. Syabas dan terima kasih kita ucapan kepada Kehakiman.
Wallahuaklam.Terima kasih.

AKAR UMBI UMNO MAHU PEMILIHAN PARTI TAHUN INI DI TERUSKAN

Pemimpin akar umbi masih menaruh harapan agar UMNO dapat meneruskan pemilihan kepimpinan parti itu pada tahun ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh turut berpandangan sekiranya pemilihan itu dapat diadakan, perwakilan mampu untuk memilih pemimpin yang disukai rakyat.

Beliau berkata, UMNO tidak boleh menang PRU15 dengan undi ahlinya sahaja tanpa mendapat undi daripada rakyat.

Menurutnya, persepsi rakyat yang menolak sesetengah pemimpin UMNO perlu diambil perhatian dan UMNO perlu mengikut arus denyut nadi rakyat, bukan sentimen ahli UMNO semata-mata untuk menang PRU15.

"Kali ini perwakilan UMNO perlu bermentaliti untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU), bukan setakat menang jawatan dalam parti sahaja.

"Tanpa menidakkan jasa-jasa pemimpin lama, UMNO perlu 'move on' sebagai parti yang segar sepanjang zaman.

"Parti yang dibarisi pelapis dari kalangan orang muda. Undi (pengundi) 18 (tahun) merupakan cabaran dan setakat ini belum ada signal positif dari golongan ini kepada UMNO," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam pada beberapa pemimpin UMNO yang mahukan PRU diadakan sebaik sahaja isu Covid-19 selesai, UMNO juga perlu bersedia untuk membariskan pemimpin yang berkaliber.

"(Pemimpin) yang bersih dan yang disukai rakyat untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri alternatif sekiranya dalam PRU15 nanti UMNO tidak bersama Perdana Menteri yang ada sekarang," katanya.


Zakaria luah perasan di laman Twitter

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu. 

"Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

"Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua," katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya,  Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd  Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta  bercuti.

Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya,  Zakaria berkata beliau  bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

"Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke  FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan," katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil. 

"Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri," katanya. 

Laksana inisiatif tarik umat Islam dekati masjid

Raja Perlis Tuanku,  Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta jawatankuasa pengurusan masjid melaksanakan inisiatif untuk menarik lebih ramai anggota masyarakat khususnya anak khariah agar lebih mendampingi masjid.
"Jawatankuasa pengurusan masjid harus melihat perkara lebih besar dan penting kepada penganut agama Islam dan tidak fokus untuk membina, membesarkan atau menaik taraf masjid sahaja," titah baginda.
Baginda bertitah pada 'Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Warga MAIPs Bersama Raja Perlis dan Raja Perempuan' di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis di sini, malam tadi.
Keberangkatan baginda dan Raja Perempuan, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid disambut Pegawai Eksekutif MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis), Mohd Nazim Mohd Noor.
Berangkat sama Raja Muda Perlis merangkap yang DiPertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menzahirkan ucapan terima kasih  kepada ahli-ahli majlis MAIPs serta anggota jawatankuasanya atas usaha dan pandangan dalam memartabatkan agama Islam di Perlis.
Baginda turut menyaran para pendakwah dalam mengajar ilmu agama supaya memberi perhatian untuk mengajar perkara-perkara asas kepada golongan yang hendak berjinak-jinak mendekati masjid.
"Sebaiknya, gunakanlah pendekatan yang sesuai dan ringkas. Walaupun sesuatu ilmu disampai secara bersahaja tetapi tetap memberikan impak positif kepada seseorang individu," tambah baginda.
Sempena majlis itu, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MAIPs membentangkan laporan pencapaian masing-masing kepada Tuanku Syed Sirajuddin.
Di akhir majlis itu, Tuanku Raja Perempuan Perlis dipersembahkan sebuah kek dengan iringan doa oleh MAIPs sempena keputeraan baginda hari ini

PULAU PINANG KECUALIKAN CUKAI PINTU, BAYAR GST UNTUK RAKYAT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung serta penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

"Kami (kerajaan Pakatan Harapan) tahu bahawa ekonomi di tahap yang teruk, rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB. Nilai matawang jatuh. Kerajaan Persekutuan tidak ada duit dan terpaksa melaksanakan GST yang membebankan rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, langkah ini adalah berbeza dengan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memungut enam peratus cukai daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka. – Roketkini.com

SPRM KATA "TUNGGU" BUKAN "PENUNGGU"

Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
 
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini

PRESIDEN PAS DAH TAK TENTU ARAH #Main Hentam Saja

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hmm.. entah siapalah yang bagi maklumat yang salah kepada Presiden PAS ni..

Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, syiar Islam terus berkembang jauh melebihi ketika Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu.

Bajet hal ehwal agama pernah mencecah sehingga 300% melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu hinggakan GERAKAN pernah mengecam secara terbuka pentadbiran Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bajuet yang lebih besar berbanding zaman Barisan Nasional dulu.

Pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu oleh Kerajaan Negeri.

SSehingga kini lebih RM14Juta telah disalurkan untuk membantu institusi-institusi tersebut.

Ijtimakdan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, KonvensyenAl-Islam Rahmatun Lil Alamin untuk mengangkat martabat umat Islam diperkenalkan..

Itu semua jawapan YB Dato Abdul Malik Kassim, EXCO Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang kepada dakwaan Haji Hadi.

Jadi apa yang Hj Hadi maksudkan dengan DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam?? 

Laporan berkaitan..  

PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi "menyelamatkan" Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.

Laporan penuh sila baca di SINI

Dalam mengutuk kerajaan negeri Pulau Pinang itu adakah Haji Hadi terlupa bahawa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada wakil tunggal dari PAS sendiri juga?

YB Dato' Ustaz Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari Parti Islam Se-Malaysia ataupun PAS.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh di negeri Pulau Pinang.

Juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP yang dikatakan telah telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang oleh Haji Hadi itu..

Boleh dikatakan segala urusan mengenai Hal Ehwal Islam dalam negeri Pulau Pinang akan melalui ADUN tunggal dari PAS itu..

Jadi siapa sebenarnya yang Haji Hadi maksudkan  telah menunjukkan "belang sebenar" kepada umat Islam di Pulau Pinang ini?

Jamal Elok Berdebat Je Dari Tunjuk Sasau

Datuk Seri memang hebat. Kamu semua berani? Dia beritahu benda yang benar". Itu antara komen Roy Danial di media sosial apabila Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi membuat gimik di hadapan Bangunan SUK Selangor.

Kali ini Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu membawa kira-kira 10 set katil dan dan berlaku adegan urut yang menimbulkan pelbagai respons masyarakat.

Sementara itu, pengguna Facebook Muhd Zulfadli Sahadom pula secara sinis berkata, aksi-aksi Jamal tidak pernah mengecewakan netizen.

"Jamal tidak pernah mengecewakan, sentiasa penuh dengan idea hambar beliau," tulisnya.

Bagi Faiz Shariffuddin pula, sudah tiba masanya Jamal menggunakan idea politik matang dan bukan seperti ini.

"Cubalah guna politik matang, fakta vs fakta, barulah rakyat akan nampak siapa betul dan siapa salah.

"Bukan begini caranya Jamal, kami  rakyat inginkan pemimpin yang matang dan bagus bukan pemimpin yang inginkan jawatan tetapi tidak keluarkan hujan-hujah fakta," tulisnya.

Bagaimanapun, pengguna Facebook Irwan Citra beranggapan lebih elok jika Jamal membantu mangsa-mangsa banjir di selangor daripada membuat perkara sebegini.

"Elok dia pergi taja tilam, cadar dan selimut untuk mangsa-mangsa banjir di Sabak Bernam daripada buat perkara macam ini," tulisnya.

Jamal pagi tadi sekali lagi 'menyerang' Pejabat SUK Selangor sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini.

Beliau membawa set katil bujang berserta bantal dan cadar putih itu disusun di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Dakwa Jamal, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti beroperasi di rumah-rumah kedai di seluruh Selangor.

Berjaya Tipu Najib...

ULASAN Bawah pemerintahan Nazi di Jerman, menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, menteri propaganda.

Tugasnya ialah mentransformasikan segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.

Malangnya selain orang Nazi, tiada siapa pun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya.

Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya.

Akhirnya Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafikan kekalahan rejim Nazi.

Sejak Najib Razak dituduh melesapkan berbilion ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.

Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas peguam negara bahawa dia tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan kerajaan dan memang pun perdana menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.

Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan.

Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa"cash is king" menolak kenyataan baru ini.

Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan.

Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka.

Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.

Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini.

Demikian kenyataan oleh Sirul Azhar yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Demikian juga dengan peralihan kesetiaan penulis blog Big Dog dan Rockybru.

Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.

New Straits TimesUtusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton.

Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB.

Dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200 hingga 300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir.

Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan.

Duit banyak yang dihadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasilkan apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya.

Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali.

Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan Mansor, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri Malaysia.

BUAT RAKYAT MALAYSIA

TELAH 57 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA. TAPI CUMA 0.01% DARIPADA RAKYATNYA YANG PERNAH MEMBACA DAN MELIHAT DOKUMEN SEPENTING INI.

INILAH TEKS UCAPAN TUNKU ABDUL RAHMAN PM PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Versi Jawi
ڤمشهورن كمرديكأن
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.

بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.

دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.

دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.

دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.

مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وتعالى اكن ككل منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠس

kredit - Buzze Azam

TUN M AJAK RAKYAT SERTAI BERSATU

Kepada Rakyat Malaysia,

Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.

Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.

Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.

Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.

Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.

Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.

Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.

Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.

Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.

Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.

Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.

Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.

Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.

Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.

Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.

Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.

Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.

Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.

Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.

Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.

Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.

sumber http://chedet.cc/?p=2213

Keluarga Teoh Beng Hock Tak Akan Putus Asa

Keluarga Teoh Beng Hock menggesa parti politik, NGO dan masyarakat sivil untuk membantu mendesak polis menghadapkan orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Beng Hock, ke muka pengadilan.

Untuk tujuan itu, mereka dijemput menghadiri mesyuarat majlis Badan Amanah Teoh Beng Hock bagi Demokrasi bulan depan.

Setiausaha politik itu ditemui mati pada Julai 2009 selepas jatuh sembilan tingkat dari tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor, di mana dia ditahan semalaman untuk soal siasat.

Kakaknya, Teoh Lee Lan mengumumkan demikian di upacara memperingat tahun ketujuh kematiannya di Taman Peringatan Nirwana pagi tadi.

Katanya, dalam kes kematian dalam tahanan, pegawai-pegawai yang ditugaskan menahan dan pemantauan (tahanan) perlu ditahan mengikut undang-undang, kecuali mereka dapat membuktikan mereka tidak bersalah.

"Memperingati (Beng Hock) tidak mencukupi, kita perlu pergi lebih dari itu dan kita perlu membuat susulan dengan tindakan konkrit untuk mendapatkan pembunuh.

"Saya kini memanggil satu mesyuarat majlis, saya mahu pemimpin dan wakil parti untuk mengambil bahagian.

"Ini adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Rayuan."

Mahkamah Rayuan pada 2014 sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner berikutan inkues yang panjang terhadap kematian Teoh.

Mahkamah memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Mahkamah memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan keputusan itu, polis menubuhkan sebuah pasukan petugas berhubung kematian Beng Hock.

Jabatan Peguam Negara, selepas meneliti kertas siasatan dari pasukan petugas itu, memutuskan tidak ada unsur-unsur jenayah dalam kematian Beng Hock.

Dalam sidang akhbar hari ini, Lee Lan berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan, sebaliknya, ia perlu melaksanakan keputusan mahkamah.

Selain Lee Lan, bapa Beng Hock, Leong Hwee, dan ibu, Teng Shuw Hoi, adik-beradiknya Beng Kee dan Lee Jun, turut hadir.

Kedua-dua Bee Lan dan ibunya tidak dapat menahan air mata mereka di majlis tersebut.

Lebih 100 orang menghadiri majlis memperingati Beng Hock hari ini, di mana 25 penunggang basikal yang memakai baju 'Ubah' bergerak dari Sungai Chua, Kajang.

Pengasas DAP Dr Chen Man Hin, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pemangku pengerusi Tan Kok Wai, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, bendahari Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, ahli exco Selangor Ean Yong Hian Wah, turut hadir.

Guan Eng meminta orang ramai untuk tidak berputus asa walaupun keadilan masih belum muncul walaupun tujuh tahun selepas kematian Beng Hock.

9000 Pekerja Asing Dapat Permit Dengan Mudah ??

laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan April lalu, sebanyak 9,000 permit pekerja asing telah diperbaharui secara tidak sah antara tahun 2013 dan 2014 melalui kaedah automatik dan tidak mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP).

Pembaharuan permit pekerja asing melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) itu dilakukan melalui MyEG yang merupakan platform perkhidmatan elektronik kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, berkata selain rekod buruk, MyEG juga telah dilantik untuk mendaftarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada September 2014 walaupun waktu sebenar untuk pendaftaran tersebut ialah setahun lebih lewat iaitu September 2015.

“Kedua-dua penasihat undang-undang bagi Jabatan Imigresen dan Jabatan Audit Neara berpandangan bahawa tindak-tanduk MyEG itu telah melanggar Akta Imigresen 1963.

“Kita tidak tahu jika terdapat perlanggaran lain yang dilakukan MyEG sepanjang 2015, setelah skop kuasanya diluaskan untuk memperbaharui permit kerja sementara dan telah melanjutkan sebanyak 1,318,872 permit dalam tahun tersebut,” kata Steven.

Menurutnya, arahan supaya MyEG menghentikan pembaharuan automatik itu hanya dibuat pada 4 Mac 2016 lalu.

“Kita nak tahu adakah sebarang tindakan diambil terhadap MyEG kerana telah melanggar undang-undang imigresen yang telah membenarkan seramai 9,000 pekerja asing diperbaharui permit secara tidak sah?” soal Steven.

Kontrak RM29 juta dipersoalkan

Dalam perkara sama, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang telah membayar sebuah syarikat swasta kontrak sebanyak RM29.9 juta untuk membina sebuah sistem dalam talian yang telah menimbulkan beberapa persoalan.

Syarikat yang berjaya memperoleh kontrak itu ialah HeiTech Padu Bhd yang secara kebetulan merupakan pembekal kepada Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang terpalit kontroversi.

Sedangkan kata Steven, dalam sidang Parlimen April 2015 lalu, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berjanji bahawa kerajaan akan membangunkan sistem dalam taliannya sendiri untuk menguruskan permit pekerja dan bukannya bergantung kepada sistem MyEG.

“Mengapa aplikasi jutaan ringgit itu diasingkan dan seolah-olah untuk membiarkan MyEG mendapat lebih banyak keuntungan mudah menjadi orang tengah kepada pembaharuan permit kerja sementara (PLKS)?” soalnya.

Jelas beliau, dengan mengenakan caj sebanyak RM35 bagi setiap transaksi, MyEG dengan mudah mendapat RM46.2 juta pada 2015.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Wan Junaidi berbohong pada April 2014 dengan berkata kerajaan akan membina aplikasinya sendiri sedangkan system tersebut sudah tersedia lima bulan lebih awal pada November 2014.

MCA Dan Gerakan Ugut Akan Letak Jawatan Jika Hudud Diluluskan

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) hudud diluluskan.

Ini selepas kerajaan, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Liow adalah menteri pengangkutan manakala Mah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Liow dipetik oleh The Starsebagai berkata, beliau cuba menyekatnya dan cuba untuk mendapatkan semua parti komponen (BN) untuk menghalangnya.

Beliau juga dilaporkan menggesa kedua belah jurang politik untuk bersama dan menyekat RUU itu.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan meletakkan jawatan," katanya sambil menambah tidak ada gunanya untuknya kekal dan beliau perlu tegas dalam perkara itu, lapor The Star.

Sementara itu, Mah berkata Gerakan juga akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyekat RUU hudud walaupun ia bermakna melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Katanya, beliau telah secara terbuka menyatakan dalam temubual dengan media pada 5 Julai 2014 dan 14 Oktober 2015 bahawa jika RUU hudud diluluskan di Parlimen, beliau akan meletakkan jawatan.

"Keputusan ini masih tidak berubah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kompleks Arkeologi Sungai Batu diisytihar tamadun terawal, tertua Asia Tenggara

SUNGAI PETANI: Kompleks Arkeologi Sungai Batu hari ini melakar sejarah buat negara dan Asia Tenggara apabila diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau itu.

Acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi dari Universiti Oxford, Profesor Dr Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Ia berlangsung pada majlis penutupan Festival Kedah Tua 2016 di sini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

Lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome menandatangani plak pengisytiharan itu, kata Mokhtar.

"Malangnya pakar arkeologi Mesir, Dr Zahi Hawas, tidak hadir ke Persidangan Antarabangsa Kedah Tua menyebabkan kita tidak berjaya mendapatkan beliau untuk menandatangani plak itu.

"Beliau sepatutnya hadir sebagai pakar tamadun Mesir tetapi tidak dapat dihubungi pada saat akhir. 

Sekiranya ada keperluan untuk kita ke Mesir dan dapatkan tandatangannya, kita akan ke sana," katanya.

Menurutnya, pengisytiharan itu akan membantu melancarkan usaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.

Selain itu, ia juga akan membantu membangunkan tapak arkeologi itu sebagai produk arkeopelancongan, katanya.

"Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak menjalankan usaha pemuliharaan tapak ini pada masa akan datang," katanya.

Persidangan Antarabangsa Kedah Tua (KTIC) yang berakhir semalam dianjurkan bersempena Festival Kedah Tua 2016 bagi mengetengahkan tamadun Kedah Tua serta kepentingannya di rantau Asia Tenggara.

— BERNAMA

Harakah Tiada Arah

Harakah sebagai akhbar rasmi sebuah parti yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam, sepatutnya menunjukan sikap dan akhlak Islam yang terpuji.

 Ajaran Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin dan melarang ummatnya memberikan gelaran yang buruk atau panggilan yang tidak digemari terhadap orang lain. 

 Dalam Surah Al-Hujurat disebutkan tentang tata cara pergaulan, termasuk dalam berkata-kata.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al Hujuraat : 11)


  Allah SWT melarang kita untuk menghina orang lain yakni dengan meremehkan dan mengolok-olok.

  Bahawa perbuatan menghina dan meremehkan orang lain, Allah haramkan, sebab barangkali orang yang tersebut memiliki kedudukan yang lebih tinggi di hadapan Allah SWT dan lebih dicintai Allah SWT daripada orang yang menghina. 

  Sebagai seorang ilmuan Islam, Ust Idris Ahmad sudah tentu lebih mengetahui mengenai larangan Allah tersebut.

  Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita sebagai ummat Islam untuk mengamalkan apa yang al-Quran sebutkan. 

  Ust Idris harus mampu menunjukkan contoh akhlak yang mulia sebagai teladan supaya dapat diikuti pula oleh orang-orang bawahannya. Jangan jadikan diri beliau sebagaimana perumpamaan "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari."

   Ust. Idris perlulah bertaubat dan nasihatkan orang-orang Pas supaya berhenti dari amalan memanggil parti Amanah dengan gelaran PAN dan mengamalkan apa yang al-Quran sebutkan itu.

   Ingatlah akan firman Allah, "Dan barangsiapa yang tidak bertaubat," dari kebiasaan tersebut, "Maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

 Selain bersifat zalim, sebagai parti yang kononnya didokongi oleh para 'alim 'ulama', seharusnya tidak menonjolkan sifat bodoh kerana Allah SWT juga menggandingkan kata kezaliman dengan kebodohan sebagaimana firman-NYA dalam surah Al-Ahzab ayat 72:

"Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"

  Maka dalam pandangan agama orang-orang zalim tersebut sesungguhnya dipandang sebagai orang yang bodoh. Dalam hal ini semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya. Sekalipun secara lahiriah ia memiliki pendidikan yang tinggi, bergelar ulama; kedudukan yang dipandang hormat oleh orang lain.

  Dan janganlah mereka itu, yang kerap memanggil parti Amanah dengan gelaran PAN akan mendapat pertolongan atau perlindungan dari Allah SWT kerana firman Allah yang maksudnya :

"Dan bagi orang-orang yang zalim itu tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong baginya." 

 (Q.S.As-Syura : 8)

Harakah lidah rasmi parti Islam sepatutnya menjunjung etika kewartawanan. Akronim Umno ditulis tepat w/pun sebutannya adalah Amno.
 Akronim Amanah panjang, tapi akronim Berjasa dan Perkasa w/pun panjang ditulis penuh padahal bilangan hurufnya enam juga. Banyak lagi ungkapan lain yg lebih panjang tapi boleh ditulis penuh. Jika dalam soal sekecil ini lidah rasmi parti Islam gagal, bagaimana parti Islam itu boleh mendakwa jika parti itu tidak ada, rosaklah Islam di Malaysia?
 Kecuali, parti Islam itu berbangga dgn namanya, tapi akhlak lesap macm MH370. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PAS DIBUBARKAN

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno."Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya.Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi? "Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah," kata Tuan Ibrahim Tuan Man

Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya. 

"Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno. 

"Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno dan ia kekal sehingga sekarang," kata Tuan Ibrahim. 

Umno datang tawar kerjasama 
Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa isu kerjasama itu merupakan agenda media Umno, namun PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu. 
Beliau juga berkata isu kerjasama itu merupakan usaha untuk menyelamatkan Umno dan parti itu juga beberapa kali membuat tawaran sedemikian kepada PAS. 

"Saya ingat ini semua agenda media Umno, kita tahu Umno sekarang tengah lemas dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah Umno datang minta kerjasama dengan PAS. "PAS tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk," tegas Tuan Ibrahim. 

Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan."Cuba kita bayangkan kalau orang khianat Kelantan yang mana lebuhraya sampai Terengganu sahaja, macam inikah kita nak jadikan kawan? 
"Royalti minyak Terengganu (waktu) kita menang (pilihan raya) satu sen pun mereka tak bayar dan untuk makluman beribu nama rakyat Kelantan dipotong dari senarai penerima BR1M walaupun mereka ini hidup susah di kampung hanya kerana mereka orang PAS. 
"Tak mungkin orang macam ini kita nak bekerjasama dengan Umno," tegas Tuan Ibrahim. 

Hadir bukan bermakna sokong 
Beliau berkata kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan bermaksud PAS menyokong Umno.sebaliknya, katanya, Abdul Hadi mengunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara. 

"Sebab itu juga saya katakan soal kita hadir dalam majlis bersama tidak bermakna kita menyokong. 
"Kita hadir seperti mana dalam parlimen yang mana semua orang akan hadir tapi kita tetap membantah (perkara yang tak betul). Presiden hadir majlis Najib, Abdul Hadi buat teguran dan beri peringatan serta beri amaran," kata Tuan Ibrahim. Malah katanya, Hadi juga mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi meminta pandangan pimpinan PAS sebelum menemui Najib. "Peluang bercakap terus dengan perdana menteri ini ada dua kali sahaja. Yang pertama di Parlimen, itu pun beliau jarang datang dan kedua pada majlis yang dihadiri perdana menteri. 

"Jadi, kalau dalam majlis sebegitu kita boleh bercakap terus dengan perdana menteri dan kita tegur dia. Sebab itu bagi saya apa yang penting adalah apa yang diucap oleh presiden dan bukan baju yang dipakai beliau," tegas Tuan Ibrahim. Bagaimanapun, Tuan Ibrahim kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya menyerang PAS selepas media perdana melaporkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama. 

"Media perdana cuba melihat PAS jalin kerjasama dengan Umno dan dukacitanya pembangkang menyerang PAS."Kalau serang PAS bererti kita tak serang Umno, sepatutnya tak perlu serang PAS sebab kita masih pembangkang," ujarnya.PAS mahukan undi Melayu 
Tuan Ibrahim yang pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata PAS perlu mendapatkan undi orang Melayu yang sebahagian mereka masih berada dalam Umno.Justeru, katanya, anggota Umno yang akan menyokong pembangkang adalah mereka yang semakin hilang kepercayaan kepada parti pemerintah itu. 

"Orang Umno yang bagaimana hendak mengundi PAS? Mereka adalah orang yang bencikan Najib, yang melihat masa depan negara, yang melihat rasional dan tidak emosi."Orang Umno yang macam ini akan bersama pembangkang. Orang bersama Najib tak akan datang kepada pembangkang. 
"Jadi PAS kena dapatkan (undi Melayu dari Umno). Sebab apa kita tak boleh ke Putrajaya? Sebab undi PAS tidak meningkat, undi Melayu tak ada," tambah Tuan Ibrahim.

- malaysiakini

Najib bakal dirundung malang

Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka akan diadakan ekoran kematian dua orang ahli Parlimen dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu merupakan pengukur sebenar survival Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dua pilihan raya kecil ini beri peluang lebih awal kepada rakyat untuk menghukum pemerintahan Najib yang ketika ini berada dalam krisis.

"Dua Pilihanraya Kecil ini lebih bererti dari pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam Pilihanraya Umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnonmengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmadmenang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru," ujarnya dalam entri terbaru di blog.

Kata Zainuddin lagi, kegagalan Barisan Nasional (BN) di dua kawasan ini, akanmenjatuhkan moral Najib serendah-rendahnya kerana beliau hanya menumpang kekuatan kepimpinan orang lain dan bukannya kekuatan sendiri.

"Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

"Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama kerana isu 1MDBRM2.6 billion dan masalah isterinya," jelasnya.

Beranikah Najib Kembalikan Kuasa Sultan Raja-Raja Melayu?

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak wajar dihad atau dihapuskan, dalam memperkenan Rang Undang-undang.
Sultan Ibrahim bertitah, Raja memainkan peranan penting dalam hal ehwal Dewan Negeri yang menjadikan hubungan antara Institusi Diraja, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif saling melengkapi bagi membentuk pentadbiran yang cekap. 
"Adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang itu dihadkan atau dihapuskan. 
"Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai 'rubber stamp' untuk menurunkan cop mohor terhadap rang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri," titahnya. 
Baginda tuanku bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. 
Sultan Ibrahim turut bertitah supaya, pindaan Perkara 40(1A) dan Perkara 66(4A) dalam Akta 885 Perlembagaan Persekutuan pada Jun 1994 mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong diperbetulkan semula. 
"Jika dulu orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa Raja dikecilkan tetapi kini parti politik Melayu jugalah yang menghadkan kuasa Agong. Lebih teruk lagi memaksa Agong bertindak mengikut apa jua nasihat jemaah Menteri. 
"Inilah pindaan dibuat Parlimen Malaysia sebagaimana Akta 885 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 26 Jun 1994 merampas kuasa Agong demi kepentingan politik atau individu. Saya berharap perkara ini diperbetulkan semula," titahnya. 

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, sudah menjadi tanggungjawab anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

"Kita ada tanggungjawab. Yang pertama, kita mesti beri sokongan kepada Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem). Kedua, kita wajib bawa seorang lagi untuk bersama-sama kita (menyokong Adenan).

"Inilah kekuatan darah perkasa RELA dan keluarga untuk bersama-sama kerajaan, dan tentukan kita memilih BN untuk kembali memerintah," kata Menteri Dalam Negeri itu kepada kira-kira 500 anggota RELA yang hadir.

Beliau berucap dalam majlis pemimpin bersama RELA dan pelancaran projek menaiktaraf bekas jalan-jalan balak Sarawak (Fasa 4): Bahagian Miri, di Dewan Masyarakat Long Lama, Telang Usan hari ini.

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA Malaysia,Kamaruddin Mohd Rafiq dalam ucapannya sebelum itu memaklumkan terdapat sejumlah 3438 anggota RELA yang berdaftar sebagai pengundi di DUN Telang Usan.

Kamaruddin juga mengumumkan kerajaan Sarawak sebelum ini menyumbangkan RM8 juta kepada RELA, yang menurutnya peruntukan terbesar yang pernah diberikan sebuah kerajaan negeri kepada badan sukarelawan itu.

Di majlis yang sama, Zahid turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM200 juta bagi projek menaiktaraf jalan-jalan balak di kawasan pedalaman itu.

Beliau juga menggesa penduduk Telang Usan menolak calon pembangkang yang menurutnya tidak akan mampu membawa pembangunan kepada penduduk di sini.

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi. "Kalau pilih calon lawan, tak boleh buat apa-apa. (Pembangkang) hanya pandai merungut, kutuk dan berjanji kosong.

"Kalau calon kita menang, apatah lagi menang besar, saya akan kembali ke sini dan beri peruntukan tambahan," katanya lagi.

Turut hadir adalah penyandang DUN Telang Usan dari PBB, Dennis Ngau yang akan dicabar calon PKR Roland Engan pada hari pengundian 7 Mei ini.