Keluarga Teoh Beng Hock Tak Akan Putus Asa

Keluarga Teoh Beng Hock menggesa parti politik, NGO dan masyarakat sivil untuk membantu mendesak polis menghadapkan orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Beng Hock, ke muka pengadilan.

Untuk tujuan itu, mereka dijemput menghadiri mesyuarat majlis Badan Amanah Teoh Beng Hock bagi Demokrasi bulan depan.

Setiausaha politik itu ditemui mati pada Julai 2009 selepas jatuh sembilan tingkat dari tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor, di mana dia ditahan semalaman untuk soal siasat.

Kakaknya, Teoh Lee Lan mengumumkan demikian di upacara memperingat tahun ketujuh kematiannya di Taman Peringatan Nirwana pagi tadi.

Katanya, dalam kes kematian dalam tahanan, pegawai-pegawai yang ditugaskan menahan dan pemantauan (tahanan) perlu ditahan mengikut undang-undang, kecuali mereka dapat membuktikan mereka tidak bersalah.

"Memperingati (Beng Hock) tidak mencukupi, kita perlu pergi lebih dari itu dan kita perlu membuat susulan dengan tindakan konkrit untuk mendapatkan pembunuh.

"Saya kini memanggil satu mesyuarat majlis, saya mahu pemimpin dan wakil parti untuk mengambil bahagian.

"Ini adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Rayuan."

Mahkamah Rayuan pada 2014 sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner berikutan inkues yang panjang terhadap kematian Teoh.

Mahkamah memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Mahkamah memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan keputusan itu, polis menubuhkan sebuah pasukan petugas berhubung kematian Beng Hock.

Jabatan Peguam Negara, selepas meneliti kertas siasatan dari pasukan petugas itu, memutuskan tidak ada unsur-unsur jenayah dalam kematian Beng Hock.

Dalam sidang akhbar hari ini, Lee Lan berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan, sebaliknya, ia perlu melaksanakan keputusan mahkamah.

Selain Lee Lan, bapa Beng Hock, Leong Hwee, dan ibu, Teng Shuw Hoi, adik-beradiknya Beng Kee dan Lee Jun, turut hadir.

Kedua-dua Bee Lan dan ibunya tidak dapat menahan air mata mereka di majlis tersebut.

Lebih 100 orang menghadiri majlis memperingati Beng Hock hari ini, di mana 25 penunggang basikal yang memakai baju 'Ubah' bergerak dari Sungai Chua, Kajang.

Pengasas DAP Dr Chen Man Hin, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pemangku pengerusi Tan Kok Wai, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, bendahari Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, ahli exco Selangor Ean Yong Hian Wah, turut hadir.

Guan Eng meminta orang ramai untuk tidak berputus asa walaupun keadilan masih belum muncul walaupun tujuh tahun selepas kematian Beng Hock.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan