Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Mengarahkan Mahkamah Kembali Bersidang 27 Januari Ini

Utamakan Kes Kepentingan Awam
1. Demikian diarahkan oleh Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat, apabila mahkamah kembali bersidang 27 Januari ini.
2. Malah beliau mengarahkan supaya mahkamah terus bersidang walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Katanya ini adalah bagi memastikan sistem keadilan jenayah tidak akan terbantut dan boleh terus dilaksanakan sepanjang tempoh PKP.
4. Antara kes yang ditakrifkan sebagai kes kepentingan awam (public interest) adalah rasuah.
5. Dan antara kes rasuah profil tinggi yang ditangguhkan kerana pelaksanaan PKP sekarang adalah yang melibatkan Mohd Najib Abdul Razak, Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa orang lagi pemimpin Umno.
6. Tengku Maimon berkata, semua kes jenayah dalam mahkamah terbuka akan diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada kes-kes berikut:
(a) Kes-kes sebelum 2020 dengan keutamaan kepada penerusan pendengaran.
(b) Kes-kes yang melibatkan juvana.
(c) Kes-kes kepentingan awam meliputi rasuah, jenayah perdagangan, alam sekitar, habeas corpus, keganasan rumah tangga, pelanggaran peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan
(d) Mana-mana kes yang dimohon oleh pihak-pihak untuk didengar beraskan sebab khas dan keadaan luar biasa.
7. Pada Januari 12, melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kehakiman telah mengarahkan agar semua perbicaraan kes jenayah dalam mahkamah terbuka tidak dijalankan ketika PKP antara 13 dan 26 Januari. Ini, antara lain, menyebabkan perbicaraan Mohd Najib dan Ahmad Zahid ditangguhkan.
8. Perintah Tengku Maimun ini sekali gus membuktikan kebebasan Kehakiman dan menghilangkan kegusaran yang PKP dan Darurat akan melambatkan penyudahan kes-kes profil tinggi yang sedang dibicarakan.
9. Syabas dan terima kasih kita ucapan kepada Kehakiman.
Wallahuaklam.Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan