Harakah Tiada Arah

Harakah sebagai akhbar rasmi sebuah parti yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam, sepatutnya menunjukan sikap dan akhlak Islam yang terpuji.

 Ajaran Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin dan melarang ummatnya memberikan gelaran yang buruk atau panggilan yang tidak digemari terhadap orang lain. 

 Dalam Surah Al-Hujurat disebutkan tentang tata cara pergaulan, termasuk dalam berkata-kata.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al Hujuraat : 11)


  Allah SWT melarang kita untuk menghina orang lain yakni dengan meremehkan dan mengolok-olok.

  Bahawa perbuatan menghina dan meremehkan orang lain, Allah haramkan, sebab barangkali orang yang tersebut memiliki kedudukan yang lebih tinggi di hadapan Allah SWT dan lebih dicintai Allah SWT daripada orang yang menghina. 

  Sebagai seorang ilmuan Islam, Ust Idris Ahmad sudah tentu lebih mengetahui mengenai larangan Allah tersebut.

  Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita sebagai ummat Islam untuk mengamalkan apa yang al-Quran sebutkan. 

  Ust Idris harus mampu menunjukkan contoh akhlak yang mulia sebagai teladan supaya dapat diikuti pula oleh orang-orang bawahannya. Jangan jadikan diri beliau sebagaimana perumpamaan "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari."

   Ust. Idris perlulah bertaubat dan nasihatkan orang-orang Pas supaya berhenti dari amalan memanggil parti Amanah dengan gelaran PAN dan mengamalkan apa yang al-Quran sebutkan itu.

   Ingatlah akan firman Allah, "Dan barangsiapa yang tidak bertaubat," dari kebiasaan tersebut, "Maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

 Selain bersifat zalim, sebagai parti yang kononnya didokongi oleh para 'alim 'ulama', seharusnya tidak menonjolkan sifat bodoh kerana Allah SWT juga menggandingkan kata kezaliman dengan kebodohan sebagaimana firman-NYA dalam surah Al-Ahzab ayat 72:

"Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"

  Maka dalam pandangan agama orang-orang zalim tersebut sesungguhnya dipandang sebagai orang yang bodoh. Dalam hal ini semakin zalim dirinya, maka semakin tinggilah kebodohannya. Sekalipun secara lahiriah ia memiliki pendidikan yang tinggi, bergelar ulama; kedudukan yang dipandang hormat oleh orang lain.

  Dan janganlah mereka itu, yang kerap memanggil parti Amanah dengan gelaran PAN akan mendapat pertolongan atau perlindungan dari Allah SWT kerana firman Allah yang maksudnya :

"Dan bagi orang-orang yang zalim itu tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong baginya." 

 (Q.S.As-Syura : 8)

Harakah lidah rasmi parti Islam sepatutnya menjunjung etika kewartawanan. Akronim Umno ditulis tepat w/pun sebutannya adalah Amno.
 Akronim Amanah panjang, tapi akronim Berjasa dan Perkasa w/pun panjang ditulis penuh padahal bilangan hurufnya enam juga. Banyak lagi ungkapan lain yg lebih panjang tapi boleh ditulis penuh. Jika dalam soal sekecil ini lidah rasmi parti Islam gagal, bagaimana parti Islam itu boleh mendakwa jika parti itu tidak ada, rosaklah Islam di Malaysia?
 Kecuali, parti Islam itu berbangga dgn namanya, tapi akhlak lesap macm MH370. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan