Angkara Meriam Sendiri Tak Dapat Berhari Raya

Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling malam kelmarin membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup.
Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14.
Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini melecur di muka dan tiga jari kanan, manakala Mohamad Hanif yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:58 PTG

    Mohd Aiman Amzar Jamsari

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8:59 PTG

    padan muka haha

    berita yang mengembirakan semua orang

    BalasPadam