Kenapa Nak Tuduh Polis Saja Rasuah

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, adalah tidak adil untuk terus membuat tanggapan bahawa anggota polis merupakan golongan yang banyak menerima rasuah.
Menurut beliau, pada hakikatnya banyak lagi institusi lain yang juga merupakan agensi penguatkuasaan turut terlibat dengan masalah itu.
"Ia boleh jadi pegawai dewan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau pegawai-pegawai penguat kuasa majlis daerah kerana pegawai penguat kuasa melibatkan ramai orang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Tengku Adnan berkata, rasuah hanya boleh dibendung seandainya pemberi rasuah menghentikan tindakan tersebut menjadikan tiada lagi penerima rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan