Siapa Ketua Penjenayah Di KBS

Mudah sangat Menteri KBS kata tak tahu apa yang berlaku. Ini bukan laporan kewangan PIBG di Rembau. Ini soal kewangan negara. Kalau Menteri boleh kata tak tahu, elok berhenti sahaja jadi Menteri.

masalah utama negara kita bermula apabila kita ada mediocre menjawat jawatan tinggi di Kementerian dan Negara. Mediocre di peringkat TKSU. Di peringkat KSU. Hinggalah ke peringkat KSP dan KSN.

14hb Mac 2016 – KSN umumkan perlantikan empat orang KSU baru. Dua orang yang terlibat adalah daripada KBS.

Jamil Salleh – pergi ke KPDNKK

Lokman Hakim – jadi KSU KBS

Ada tak logik yang kedua-dua orang ini tak tahu apa yang berlaku dengan Tabung Amanah Sukan Negara? Logik?

Takkanlah KSU/TKSU pergi Opis asyik dengan program Fit Malaysia, sampai lupa dengan apa yang ada di bawah tanggungjawab mereka?

Gagal kenalpasti kelemahan Kementerian pun naik pangkat sampai KSU???

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini, pada 2013 sahaja ada RM150,000,000.000. Takkanlah dua KSU/TKSU yang naik pangkat tak perasan?

KSN, kalau ada maruah, TARIK BALIK KENAIKAN PANGKAT KEDUA-DUA ORANG INI, sampai habis siasatan.

Nak songlap macam ini punya banyak, bukan kerja satu dua orang.

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini kena approval MoF. Siapa yang approve?

Berapa lagi Tabung Amanah yang kena sakau kita tak tahu.

p/s: SPRM SIASAT SAMA PEJABAT MENTERI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan