"NEGARA KU" Bukan Untuk Orang Islam

Pensyarah UKM: Orang Islam dalam "Negara-Ku" menyertai "perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam

Seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia menyelar individu beragama Islam dalam NEGARA-KU yang beragama Islam yang didakwa melakukan kerosakan kerana menyokong gabungan NGO tersebut.

Khalif Muammar A Harris berkata individu berkenaan tidak sedar bahawa mereka menyertai "perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam".

"Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yg turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.

"Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yg dangkal, membenarkan usaha mereka," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

NEGARA-KU, atau NGO Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia ditubuhkan oleh dua orang bekas pengerusi bersama BERSIH, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan peguam kanan S Ambiga.

Gabungan 60 NGO itu yang dipengerusikan oleh naib presiden IKRAM, Zaid Kamaruddin ditubuhkan untuk membanteras perkauman dan ekstremisme kononnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan