Akhirnya impian Anwar untuk mengawal Selangor dari bilik tidur di Segambut – tercapai. Dah lama mimpi ini mahu dilaksana. Anwar dah gambarkan dirinya dijulang-julang di Selangor. Wajahnya di pamerkan di sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, di seluruh negeri Selangor.
Sayangnya, hajat itu tidak kesampaian. Perlu ada perubahan. Langah Kajang yang asalnya jadi HIWAY Anwar ke Bangunan SUK Selangor, tergendala. Tak terlaksana.
Nasib baik Kak Wan ada. Kak Wan jadi penyelamat. Menurut kata, rumah di Segambut sudah disiapkan satu war room khas untuk mentadbir Selangor. Semua salinan faks ke Pejabat MB – akan turut dapat diakses oleh War Room Segambut. Better management mungkin.
Anwar sudah bayangkan kepada orang sekeliling, Azizah akan jadi model sebuah kerajaan yang super handal dan hebat. Pencapaian Azizah sebagai Ketua Pembangkang memang buruk. Tak dapat dinafikan. Tetapi dalam kes ini, Azizah akan jadi Ketua Kerajaan. Banyak beza.
Kita ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengatur permainan politik ini. Cukup hebat. Khalid Ibrahim duduk tersimpuh macam pengantin baru. Terima sahaja permainan Anwar.
Rafizi katanya akan kembali sebagai Penasihat Utama MB baru. Turut dibantu oleh Tricia Yeoh dan beberapa orang lagi.
Kerajaan Selangor Darul Ehsan akan bertukar nama. Kerajaan NONAKU AZIZAH.
Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira
Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
Oh nonaku Azizah
Oh nonaku Azizah
Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Berhari-hari menaruh cinta padamu
Oh Azizah
( Cantik rupamu, Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan, Bagai biduan
Dari syurga ) ulang 2 kali
Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
Oh Azizah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan