Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah akan disambung semula selama dua hari pada Khamis dan Jumaat ini (15 dan 16 Ogos).
Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Saripuddin Kasim dalam kenyataan hari ini berkata prosiding akan dijalakan di Mahkamah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mulai pukul 9.30 pagi.
"Sehingga kini seramai 197 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya di dalam sembilan prosiding yang telah diadakan sejak Januari lepas," katanya.
Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Kali terakhir prosiding itu diadakan ialah pada Julai lepas iaitu dalam dua sesi bermula 15 hingga 19 Julai dan 22 hingga 25 Julai.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan