Pelacur Tua Gigit Anggota Polis

Seorang pelacur warga China bukan sahaja perlu memikat lelaki berhidung belang untuk melanggannya malah dia didapati menjadi ‘puntianak’ apabila menggigit lengan kanan seorang pegawai polis lelaki yang cuba memberkasnya.
Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menahan 25 pelacur ketika melakukan serbuan di sebuah medan selera berhampiran Pasar Pudu di sini.
Pegawai yang cedera digigit itu pula melibatkan ketua operasi, Asisten Superintendan, Shahrulnizam Jaafar.Menurut Shahrulnizam, ketika serbuan, salah seorang pelacur cuba melarikan diri sejauh satu kilometer sebelum dia berjaya diberkas.
“Ketika hendak membuat tangkapan, salah seorang pelacur telah menggigit lengan kanan saya hingga berbekas dan cedera manakala seorang lagi cuba lari sejauh kira-kira satu kilometer namun kedua-duanya berjaya diberkas.
“Salah seorang pelacur itu merupakan wanita Indonesia manakala selebihnya warga China berusia antara 20 hingga 30-an. Mereka telah menyalahgunakan pas lawatan dan ditahan ketika sedang berpeleseran mencari pelanggan warga emas di medan selera itu,”Tambahnya, pelanggan perlu membayar antara RM100 hingga RM150 untuk perkhidmatan seks.Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai penjaga pelacur itu juga turut ditahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan