Gangster Cari Geng 24 Mengamok

                                                                            gambar hiasan

Akibat dendam, empat lelaki cedera parah di muka dan badan selepas dibelasah sekumpulan ahli kongsi gelap bersenjatakan parang di sebuah kafe siber di Solok Slim, Jalan Perak di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng berkata, kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 32 tahun tersebut diserang 10 lelaki.
“Sebaik masuk ke dalam premis itu, suspek terus memekik lalu mencari Geng 24 sebelum menyerang kesemua mangsa hingga mereka rebah. Suspek kemudian melarikan diri,” katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan