Kerajaan Kita,Jangan Terikat Dengan Aku Janji Pihak Istana Duduk Diam-Diam..


Wah, kali ini perlantikan Exco Selangor mendapat perhatian luar biasa, baik dari dalam mahupun luar parti. Dalam PKR, DAP dan PAS, nampaknya amcam tak ada bunyi yang terlalu kuat. Kalaupun ada, hanyalah Pas. Dr Rani terkejut beruk apabila namanya tidak disenaraikan sebagai Exco. Tak ada rezeki.
Walaupun keluar kenyataan bahawa dia tidak kisah tidak diberikan amanah yang besar, nampaknya wujud rasa tidak puas hati.
Selain daripada itu, tak ada bunyi. Malahan ada blogger UMNO sendiri mengakui bahawa Khalid membuat tugasan yang bagus. Cekap dan efisien. Mereka memuji pemilihan Exco Selangor sebagai pilihan yang tepat dan baik.
Namun ada beberapa nasihat yang diberikan Penasihat Ekonomi kepada semua Exco. Antara yang diberikan penekanan:-
  • 5 tahun akan datang adalah ‘penggal politik’. Jangan ambil mudah. Gunakan kuasa dengan sebaiknya.
  • Mesti bantu parti dalam apa jua program. Pastikan parti dapat nama dalam segala inisiatif.
  • Bendung kebangkitan UMNO/BN.
  • Wujudkan hubungan direct dengan rakyat.
  • Cari kaedah membantu ahli parti mendapat manfaat politik dan ekonomi
  • Gunakan pejabat Penasihat Ekonomi sebaik mungkin. Keputusan penting mesti dirujuk sama ke Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri.
Anwar juga ulas tentang akujanji Menteri Besar yang baru. Anwar kata, ini akujanji yang tidak mempunyai asas perundangan. ‘Dah macam hulubalang’…kata Anwar bila Khalid kena pegang tombak sewaktu buat akujanji.
Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara,  memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai  agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya  daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau  dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur  dan ikhlas.    Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu  dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan  Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran  dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan  dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan  antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.
Anwar tidak mahu Exco Selangor terlalu terikat dengan akujanji tersebut. Kita mewakili rakyat. Bukan Istana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan