Anwar Akan Nasihatkan Azmin

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mempertikaikan pelantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar Selangor.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei juga menyarankan agar menteri besar menjelaskan status jawatan Saifuddin.

"MPN (Majlis Pimpinan Negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari TS Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Rungutan tidak puas hati itu bukan sahaja menunjukkan keretakan dalam Pakatan di Selangor tetapi juga berdasarkan kepada status Saifudin yang dianggap 'orang luar'.

Pada PRU13 lepas, Saifudin Nasution Ismail telah dikalahkan oleh calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir di kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antrabangsa sebelum ini dilaporkan mempunyai krisis dengan Abdul Khalid berhubung pelantikan menteri besar di Selangor.

Dan untuk mengesahkan wujudnya persengketaan sesama Pakatan pembangkang di Selangor, Anwar Ibrahim sendiri terpaksa berdepan dengan anak didik beliau, Azmin Ali! Padahal, laporan juga mengatakan bahawa Anwar sendiri telah bersetuju dengan perlantikan Saifudin.

“Saya akan nasihati beliau,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan