Pembelot Anwarista, Anwarinas keliling Najib?



mendedahkan perancangan Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib kononnya melafazkan taat setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mereka ini sedang menjadi ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa tertentu dan menunggu masa untuk menjadi anaconda bagi menelan Najib serta kerajaannya..

PM Najib sedar atau tidak bahawa di pejabatnya sendiri sedang ada usaha untuk mengsabotaj kepimpinan beliau and setiap apa yang PM Najib rancangkan baik untuk kerajaan ataupun parti,dalam masa yang sama Anwar sudah mendapat segala maklumat itu.Dari mana Anwar terima ini semua kalau bukan daripada rakan-rakannya yang sudahpun berakar umbi di sekeliling PM Najib itu.

Sebab itulah Anwar dilihat terus kuat mengukuhkan cengkaman dan pengaruhnya kerana beliau sering diberikan nyawa oleh kakitangan ini untuk mendapatkan segala maklumat walaupun palsu bagi diputarbelitkan malah gerakan bekas-bekas anggota ataupun ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang masih menyokong Anwar Ibrahim bergerak dalam diam bagi membubuh racun dalam kepimpinan PM Najib

Bekas ahli ABIM yang berlagak membenci Anwar dan menunjukkan sokongan kepada PM Najib turut diberikan peluang untuk berada di beberapa buah agensi strategic dan memegang jawatan penting dengan gaji yang cukup lumayan sedangkan mereka sebenarnya adalah alat Anwar yang dibawa masuk untuk melemahkan PM Najib dari dalam.Inilah gunting yang sedang merobek kepimpinan PM Najib.
Baca sepenuhnya di sini

Sementara itu, blog Gelagat Anwar sini, mendedahkan seorang kuat ABIM yang selama ini bermuka-muka
 'engage' dengan kerajaan dan kononnya tidak setuju dengan Anwar sudah kembali kepada si peliwat.

Ketepilah Islam, bila dah sanggup bersekongkol dengan balaci CIA dan pemimpin yang tiada moral baik dari salahlaku zina dan liwat, rasuah, mengenepikan agenda Islam dan Melayu, dan bersekongkol dengan musuh.

Baca keratan berikut:
Dr Siddiq memang seorang pemidato yang hebat. Sangat menarik. Dengan telo bahasa Indonesia, dia mampu menarik siapa sahaja untuk mendengar dan menghayati ceramah.

Sebenarnya, kalau kita ingat istilah MAHAFIRAUN yang diberikan kepada Mahathir pada suatu ketika – terma itu adalah sumbangan besar Dr Siddiq kepada Anwar pada suatu ketika. Maka, bertempiaranlah warga PAS, PKR dan DAP menggunakan istilah sama. Mahathir = Mahafiraun.

Hari ini, Dr Siddiq kembali dalam kedudukan yang lebih baik. WADAH dan ABIM adalah platfrom yang terbaik bagi meletakkan kembali di dalam sistem ‘radar politik’ Anwar Ibrahim.
Kalau menurut perkembangan dua tiga hari ini, Dr Siddiq akan menjadi insan penting kembali dalam politik Anwar. Wak Jawa ini akan kembali menasihati Anwar untuk tidak mengamalkan politik longkang. Wak Jawa ini juga akan memastikan Anwar tidak ‘melampau’ dalam usahanya mendapatkan kuasa dan tempat sebagai Perdana Menteri.
Wujud perkhabaran di kalangan rakan-rakan PKR sendiri, Wak Jawa ini bakal mendapat dana besar bagi meneruskan usaha mengembang budaya fikir di kalangan rakyat.

Geran Selangorku? Mungkin juga. Dengan syarat, Anwar boleh yakinkan Khalid Ibrahim dan Faekah untuk lepaskan bajet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan