Membaca gerakan DAP dan satelit mereka di kalangan kaum Tionghua (tidak menolak kelompok tertentu dalam BN seperti MCA melalui Chua Soi Lek sendiri dan Wee Ka Siong serta parti Gerakan), nampak niat mereka mahu Perkasa dilumpuhkan.
Pada suatu ketika ada puak-puak dalam UMNO seperti Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan menghentam Perkasa kerana seolah-olah kelantangan menuntut dan menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera kacau daun urusan politik UMNO untuk menyahut kaum bukan Bumiputera terutama Cina.
Ada kata itu hanya lakunan untuk menjaga hati rakan dalam BN tetapi ada kata ianya timbul dari irihati kerana Ketua Pemuda tidak dapat bergerak dan lantang seperti Pemuda dahulu. Kenapa? Itu tidak dapat diketahui ... tetapi bukankah ketika pentadbiran Tun Abdullah saudara Khairy turut sama mengangkat keris dan masih hingga hari ini belum meminta maaf?
Ini mengingatkan satu laporan Utusan yang bernada pelik. Tajuknya "Perkasa bukan musuh kepada BN, UMNO" seolah-olah ada ketegangan antara Perkasa dan UMNO. Mengapakah laporan itu perlu keluar? Adakah sudah kendur hubungan UMNO dan Perkasa?
Apa salah UMNO akui atau hargai Perkasa yang mempertahankan Perlembagaan, hak dan kepentingan Pribumi dan Melayu, keselamatan dan kedaulatan negara dll. ketika UMNO lumpuh mulut dan gerak tenaga?

Kononnya dari kalangan kepimpinan tertinggi Perkasa, Perdana Menteri pun menjauhkan diri dari Perkasa dan kurang beri sokongan dan bantuan pada Perkasa.
Masaalah dana dan wang bagi Perkasa tiada masaalah besar kerana Perkasa duduk atas dasar perjuangan. Ada yang sumbang wang bergeraklah Perkasa. Tiada wang bergerak juga Perkasa tetapi kurang bergaya.
Kalau jumlah dana yang sama diperuntukan kepada UMNO dan Perkasa, pastinya kegiatan Perkasa jauh lebih banyak berlipat ganda dan lebih efektif dari kegiatan UMNO. Itu diperakui ramai aktivis termasuk orang UMNO sendiri.
Namun begitu, Perkasa bukan saingan politik UMNO atau BN tetapi menyokong kerajaan dan juga menegur kerajaan cara berhemah. Walaupun ada pihak mengatakan Perkasa ini pro UMNO atau BN, ada antara ahli perkasa adalah ahli parti bukan UMNO dan juga parti pembangkang yang sedia mengetepikan politik demi kepentingan bangsa melalui suara NGO.
Perjuangan untuk bangsa perlu diteruskan dan pelbagai kemungkinan perlu diambilkira. Perjuangan bangsa dan pribumi kini hanya keluar dari mulut Perkasa saja. Nampaknya mungkin tanggungjawab Perkasa menjadi lebih berat jika satu hari UMNO tidak diterima rakyat kelak. Perjuangan harus diteruskan dan demi bangsa apa saja perlu dilakukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan