Setakat Ugutan UMMI Tak Takut


Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin.

Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara.

"Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara.

"Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

"Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan