Bila Babi Menyondol

Ramai yang tahu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan jenis yang boleh main gempak, beliau terkenal dengan orang yang tegas dan straight forward dengan sejarah politik yang penuh warna-warni.

 Sebab itu, gertakan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya disambut dengan sindiran pedas.

 "Dia (Lim) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya

Menurut Dr Mahathir Lim boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

Semalam, Lim yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan