‘Politik Dinasti’: AZMIN


Anwar rasa kurang senang dengan kenyataan terbaru Azmin yang terus terang disifatkan sebagai serangan ‘sound bites’ kepada dirinya dan keluarga. Ya, mungkin pandangan Azmin adalah ikhlas untuk kekuatan PKR; namun ianya tidak menyenangkan Anwar dan keluarga. Azmin perlu sedar diri, bahawa tanpa sentuhan ‘The House of Anwar’, Azmin dan PKR tidak akan mampu belayar jauh sebagai parti politik.
Kebanyakan rakan-rakan pimpinan PKR menganggap serangan ini sebagai ‘counter-arguments’ Azmin kepada masalah moral yang sedang dihadapi oleh dirinya pada ketika ini. Azmin kurang senang apabila ada pihak tertentu yang mula bercakap soal IMEJ PKR yang calar dengan kes-kes politik senggama dan selingkuh yang ada dalam parti tersebut. Bukan sedikit kalangan pimpinan PKR yang terima gambar-gambar gadis yang pernah dilanggan oleh Azmin selama ini. Mereka sendiri malu dan segan.
PKR selama inipun memang berdiri di atas landasan politik dinasti. Azmin adalah pilihan interim. Sementara. Stop gap measure. Nak menghentikan kritikan yang melampau kepada dinasti politik dalam PKR.
Pada Azmin, politik mesti berasaskan merit. Bukannya dinasti. Bukan soal BIN dan BINTI.
Tapi Azmin lupa, kalau merit yang jadi asas, Azmin pun belum layak berada di tangga Timbalan Presiden. Syed Husin lebih lama dalam parti. Ezam (kalau tak melompat) lebih layak. Hamdan Taha (lebih senior). Hanafiah Man. Ramai lagi. Soalnya, Azmin pun dah biasa pijak kaki orang sebab nak naik cepat.
Secara keseluruhannya, menurut seorang Prof yang melakukan census dalaman mengenai ‘next leader of PKR’ – Izzah mendahului jauh. Menurut survey dalaman PKR; 93 % kalangan perwakilan ke Kongres PKR di Pulai, bersetuju bahawa IZZAH adalah calon paling layak mengambil tempat Kak Wan sekiranya berlaku apa-apa. Nama Azmin jauh di tempat ke-5. Bukanpun di tempat kedua. Harus diingat, ini berlaku sebelum insiden karaoke jamban. Kalau buat sekarang; rasanya Azmin akan lebih jauh ketinggalan.
Ironinya, dalam survey sama – nama Izzah diekori rapat oleh TS Khalid Ibrahim, Dr Mansor dan Ambiga (walaupun bukan ahli parti). Perwakilan mahukan Ambiga berada di dalam kelompok PKR dalam masa yang terdekat.
Nampaknya, Azmin masih berdepan dengan masalah politik dalaman yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan