Amaran telah diberikan, namun pemaju yang mendapat perlindungan dari Kerajaan Negeri Kedah tetap berkeras untuk meneruskan projek di atas tanah Rezab Melayu Sungai Kob. Projek yang asalnya semasa Kerajaan BN tetapi tiada kelulusan diberikan. Kelulusan hanya diperolehi oleh Prestavest pada pemerintahan Kerajaan PAS Kedah.
Kemarahan penduduk tidak lagi dapat dikawal. Pada Februari 2012, telah ada dua kes bakar membabitkan dua buah jentolak. Beberapa siri demo aman turut dilakukan termasuk di Pejabat Menteri Besar namun reaksi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, amat memalukan!
Pagi tadi, lebih kurang jam 9:55, 22 Jun 2012, satu kejadian rusuhan melibatkan 100 orang penduduk di lokasi jirat telah berlaku. Rusuhan berkenan menyebab dua orang pekerja Prestavest (seorang Cina dan seorang India) tercedera.
Kejadian rusuhan membuatkan polis terpaksa masuk campur dan berjaya mengawal situasi. 52 orang diangkut ke IPD Kulim atas dakwaan merusuh.
Menariknya, dalam satu kes membabitkan pusat penyembelihan babi tidak lama dahulu, Menteri Besar Kedah dan PAS Kedah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya. Namun, isu yang membabitkan kelompok Melayu-Islam di Selatan Kedah, langsung tidak dihiraukan oleh pentadbiran negeri.
Maka timbullah tanda-tanya… adakah Melayu di Sungai Kob itu taraf mereka jauh lebih rendah berbanding babi, walhal sebilangan besar daripada mereka adalah penyokong PAS dan sentiasa beranggapan PAS adalah Islam dan pembela umat Islam?
Isu pokok dalam permasalahan ini ialah mengapa projek Memorial Park dibuka di kawasan bermajoriti Melayu (16,000 orang Melayu) dan di atas Tanah Rezab Melayu? Walaupun ada pecacai yang cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya projek Memorial Park itu telah diluluskan pada zaman BN, hakikatnya yang meluluskan projek berkenaan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang paling menarik, ada pihak di Pejabat Tanah dan Galian yang telah mengubah status Tanah Rezab berkenaan bagi membolehkan Prestavest meneruskan projek Memorial Park sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah pada 2008.
Isu ini jikalau tidak ditangani secara berkesan, mampu menjadi isu pertembungan kaum antara Melayu dan Cina. Adakah Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya mengharapkan pertempuran antara kaum bagi membolehkan mereka terus memegang kuasa di Kedah?
Salah seorang AJK Badan Bertindak, Cikgu Roslan kesal dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis kerana ia menjatuhkan maruah orang Melayu. Biarpun polis tidak melakukan tangkapan kerana membela pemaju sebaliknya kerana rusuhan dan kecederaan, namun satu tanggapan buruk sedang berlaku secara berleluasa di kalangan penduduk kampung.
ISU YANG DIPERJUANGKAN ADALAH KUBUR CINA DI KAWASAN MELAYU. TAPI ORANG MELAYU YANG DITANGKAP. YANG MENANGKAP PULA ADALAH ORANG MELAYU… CINA TEPUK TANGAN!!!
Khairul Anuar Ramli, seorang lagi AJK Badan Bertindak berkata, tindakan ini bukan satu penyelesaian sebaliknya ia telah menanam lebih kuat kebencian terhadap Kerajaan Negeri dan mereka akan memberi tekanan yang lebih kuat sehingga tanah perkuburan swasta tersebut dipindahkan dari Tanah Rezab Melayu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan