Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bukti bahawa Sultan Johor itu mengamalkan falsafah mendahulukan rakyat.
Kembara bermotosikal selama empat hari itu dengan jarak 1,012 kilometer turut disifatkan oleh Najib sebagai unik kerana ia tidak diadakan di negeri lain.
Sultan Ibrahim mengetuai konvoi 30 buah motosikal berkuasa besar dengan diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar dan putera ketiga baginda, Tunku Abdul Jalil.
Najib berkata, kembara edisi ke-14 itu mencerminkan Sultan Ibrahim seorang raja yang sentiasa mengambil berat perkembangan rakyat di pelosok negeri.
"Dengan cara yang unik ini, Tuanku akan dapat menyaksikan sendiri perkembangan dan kehidupan rakyat di seluruh pelosok negeri.
"Justeru, tidak ada apa-apa perkembangan atau masalah dihadapi rakyat yang Tuanku tidak ketahui.
"Jadi patik anggap sedikit-sebanyak apa yang dilakukan Tuanku melambangkan falsafah rakyat didahulukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan