Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntukkan 10 peratus hasil jualan rumah di bawah Projek perumahan Rakyat (PPR) untuk satu tabung khas bagi membantu penghuni yang tidak berkemampuan membayar sewa rumah.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sehingga kini kira-kira 20 peratus penyewa rumah PPR gagal membayar sewa dengan separuh daripada mereka memang tidak mampu.
"Golongan 10 peratus ini akan kita cuba bantu manakala yang selebihnya tetap perlu membayar sewa rumah mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai di sini semalam.
Hampir 200 kaum ibu hadir memeriahkan sambutan itu.
Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata, peruntukan tabung itu akan bergantung kepada penjualan rumah PPR dengan jangkaan 12,000 hingga 15,000 unit dijual dalam fasa pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan