Pemilihan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai ketua peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes BERSIH 3.0 tidak mempunyai apa-apa nilai, kecuali nilai politik untuk Ketua Umum PKR itu.
Anwar mengamalkan politik menghalalkan cara, menggunakan kuasa duit untuk membeli seseorang, sedangkan, bagi pihak peguam pula, yang kini sudah bersara dari jabatan kerajaan dan membuka firma guaman sendiri, mereka hanya membela seseorang itu berdasarkan upah yang diberikan.
“Anwar, dia memang political animal. Dia nampak kawan ini dah berhenti dan buka firma undang-undang, jadi dia upah kawan ini dan hendak beritahu orang ramai yang ‘dia ini dahulu dakwa saya dan sekarang bela saya.’
“Tetapi kepada individu ini (Mohd Yusof), beliau hanya memberikan khidmatnya kerana beliau dibayar. Bagi saya tidak ada apa-apa yang menarik di sini.
“Dulu dia berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang dia sudah bersara. Sebagai seorang peguam jika ada orang menawarkan bayaran yang bagus pastinya mereka akan mempertahankan individu tersebut,” katanya.
sebagai pengamal political animal Anwar meletakkan kepentingan politik peribadinya sebagai aspek yang paling penting berbanding dengan aspek-aspek lain.
Mohd Yusof seperti dilaporkan Mstar berkata beliau peguam bebas setelah bersara pada 1 Februari lalu dari Jabatan Peguam Negara untuk menubuhkan firma guamannya sendiri.
“Saya agen bebas. Datuk Seri Anwar mempunyai hak untuk memilih peguam pilihannya.”
“Mereka meminta saya untuk menyertai pasukan itu. Saya sanggup dan mampu.”
“Beliau menghubungi saya malam tadi dan saya tidak teragak-agak untuk menyertai barisan pembelaan mereka,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat konflik kepentingan untuknya mewakili Anwar yang pernah didakwanya sebelum ini, beliau berkata: “Saya tidak menyertai sebuah parti politik. Saya hanya seorang peguam bela. Saya tidak mempunyai hubungan politik. Saya seorang yang profesional.
Ketika ditanya sama ada beliau akan terus mewakili Anwar, Mohd Yusof berkata; “Ia bergantung kepada keadaan.”
Sementara itu, ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh berkata beliau terkejut selepas mengetahui berita tersebut daripada Anwar tentang penyertaan Mohd Yusof pada malam Isnin tetapi tidak membantahnya.
Mohd Yusof menjadi pembela Anwar yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Selain Anwar, Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin turut didakwa.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan