Irshad Manji penulis menghina Islam dari Kanada terpaksa menangguhkan semua programnya ke Malaysia yang dijangka bermula esok lapor Pengarah ZI Publication, Ezra Zaid kepada Malaysiakini.
Pengarah ZI Publication yang juga penerbit versi terjemahan buku Irshad Manji “Allah, Liberty and Love” ke Bahasa Melayu berkata penannguhan penulis itu disebabkan “gangguan” beberapa NGO Islam di Yogjakarta, Indonesia.
“Semua acaranya akan di tangguhkan ke minggu hadapan kerana ada sedikit gangguan daripada beberapa NGO Muslim dan perkara lain semasa beliau di Yogjakarta,”kata Ezra Zaid yang juga pengurus kemasukan Irshad Manji ke negara ini.
Media Indonesia melaporkan, salah satu program Irshad Manji di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan pada Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan protes dari Front Pembela Islam.
Ezra Zaid seperti didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah anak Datuk Zaid Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik (Setpol) Nurul Izzah.
Setpol Nurul Izzah itu pernah berkerja di bawah produksi Ezra Zaid untuk program ‘Fairly Current Show’.
Selain ‘Fairly Current Show’ terdapat 4 lagi program terbitan PopTeeVee yang dimiliki produksi Ezra iaitu ‘The Wknd Sessions’, ‘That Effing Show’, ‘MachaGrooming’ dan ‘BFM 89 9′
RPK menerangkan hubung kait di antara anak Zaid, Ezra dengan Setpol Naib Presiden PKR, Fahmi untuk membuktikan terdapat satu konspirasi menarik balik semula Zaid ke pangkuan PKR melalui Nurul Izzah.
Pendedahan RPK itu pada Disember tahun lepas, yakni sebelum isu Zaid memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu perpecahan KITA.
Menurut my.linkedin.com Ezra merupakan pengarah ZI Publications dan pengarah PopDigital Sdn Bhd.
Popdigital Sdn Bhd adalah syarikat yang menerbitkan PopTeeVee mendapat tajaan dari The Knight Foundation sebuah yayasan dana berpengkalan di Amerika Syarikat.
Popteevee.net melaporkan Ezra merupakan pengacara dan penulis skrip program ‘That Effing Show’, satu program sindiran sosio-politik Malaysia di samping menyuntik idea liberal dan progresif.
“Dialah (Ezra) merupakan tuanpunya penerbitan ZI Publications, yang telah menghasilkan beberapa buku Malaysia yang paling laris dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk buku Amir Muhammad (Rojak), Farish Noor (Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya), Hishamuddin Rais (Tapai), Marina Mahathir (50 Days: Rantings by MM) dan Zaid Ibrahim (Saya Pun Melayu)”, lapor popteevee.net.
Ezra, 29 tahun merupakan graduan dalam bidang Sains Politik dan Falsafah dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan