Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau bercadang membuat perubahan keanggotaan biro-biro dalam Badan Perhubungan Umno Perlis dalam masa terdekat.
Beliau yang juga Pengerusi badan perhubungan itu berkata, perubahan yang sama akan dilakukan dalam Umno bahagian.
"Kalau kita bagi jawatan, kenalah hadir mesyuarat. Saya dapati ada ahli jawatankuasa tidak hadir mesyuarat dan saya anggap itu (tidak hadir) sebagai satu kesalahan perlu dikenakan tindakan.
"Jadi jika saya gantikan dengan orang lain, jangan salahkan saya, jangan merajuk atau marah kerana saya akan tetap teruskan amanah dalam memperjuangkan parti," katanya.
Shahidan bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada sekumpulan anggota masyarakat Tionghua dalam kawasan Parlimen Arau di sini, hari ini, sempena Tahun Baharu Cina.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, "Kita (Umno) mesti lebih responsif (terhadap permasalahan rakyat) untuk menjamin kemenangan 100 peratus dalam pilihan raya umum akan datang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan