Najib Dijangka Tak Mampu Singkir Mukhriz Dalam Mesyuarat MT Hari ini

PM Dato'Sri Najib boleh melucutkan semua jawatan Mukhriz dalam parti tapi untuk menukar MB Kedah perlu berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri tersebut, ujar Veteran UMNO,Tengku Razaleigh Hamzah.

"Krisis UMNO Kedah itu terpulang kepada kedudukan struktur pimpinan di sana.jadi, kalau sampai masa menukar pimpinan itu hak presiden untuk tukar.

"Tetapi kalau untuk tukar dia sebagai Menteri Besar, itu perlu bersandarkan kepada Perlembagaan (undang-undang tubuh kerajaan negeri)," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi,beliau percaya,pertalian darah antara Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca ada usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar kedah itu.

"Ia berkemungkinan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan