Datuk Seri Tengku Adnan Terus Di Desak Nyatakan Pendirian

Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu mewartakan Bukit Kiara sebagai taman persekutuan dan menghentikan spekulasi pembangunan.Friends of Bukit Kiara (FOBK) kumpulan masyarakat mahu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendirian dalam melindungi taman awam daripada jatuh ke tangan pemaju swasta.

Presiden FOBK, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, Adnan perlu menangani perkara itu dengan penuh tanggungjawab dan menggunakan kuasanya untuk menghalang apa-apa perolehan swasta ke atas tanah daripada berlaku.

Kami memahami bahawa adanya tanah di Kuala Lumpur semakin berkurangan tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan mana-mana pemaju swasta untuk meneruskan minat mereka dalam membangunkan taman awam, terutama apabila ia adalah salah satu daripada kawasan hijau untuk kami yang telah tinggal di kota ini katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan