3 Pakar Penyiasat MH370 Akan Teliti Serpihan

Tiga pakar termasuk penyiasat penerbangan MH370 mengambil masa 20 minit meneliti objek yang dipercayai serpihan pesawat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pagi tadi.

Rombongan wakil Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pegawai Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Kapten Mior Nor Badrisham Mohamad tiba di IPD Besut sekitar jam 10.36 pagi dan kemudiannya beredar pula ke lokasi penemuan objek di Pantai Beting Lintang.

Serpihan objek selebar hampir dua meter yang ditemui berkemungkinan adalah sebahagian badan pesawat.

Sabtu lalu, satu serpihan turut ditemui di pantai Nakhon Si Thammart, Thailand dan disahkan bukan milik penerbangan pesawat MH370.

Mitsubishi Heavy Industries kemudiannya menyatakan bahawa serpihan yang ditemui di Thailand itu adalah serpihan sebuah roket yang digunakan sewaktu pelancaran satelit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan