Pembangkang Sahut Cabaran,UMNO Berani Ke?

Pergolakan politik dalam BN terutamanya UMNO sehingga membawa kepada pengguguran Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sememangnya bukan saja menjadi perbualan ahli-ahli politik dimalaysia, malah di kalangan rakyat juga membualkan atau membicarakan tentang segala pergolakan dalam isu 1MDB sehingga membawa pembongkaran penerimaan wang dana politik dalam akaun Perdana Menteri.isu penamatan jawatan peguam negara juga menjadi bahan untuk difikirkan oleh rakyat sendiri apabila rakyat melihat situasi disaat penyiasatan menemukan jalan ke penghujung.namun dengan penamatan jawatan peguam negara yang belum sampai tarikh akhir persaraan beliau membuatkan rakyat terus meminati tentang perjalanan isu-isu yang berkait dengan Perdana Menteri.

Penahanan sementara bagi tujuan siasatan dan waran geledah untuk mencari bahan bukti wujud bocornya maklumat dalaman pasukan khas sprm membuatkan rakyat dan ahli-ahli politik semakin terkejut dengan tindakan yang diambil oleh pihak pdrm,ini membuatkan rakyat berfikir seolah-olah tindakan pdrm itu mengikut telunjuk atau arahan seseorang bagi mempertahankan Perdana Menteri namun jangan dilupa sprm sendiri telah membuat laporan polis mengenai pembocoran maklumat draf pertuduhan yang belum ada tandatangan dari peguam negara.jadi pihak polis bertindak dan membuat siasatan diatas laporan tersebut namun penukaran pegawai sprm pasukan khas itu dilihat sangat meragukan kerana mereka tidak lagi diberikan menyiasat apa yang mereka siasat diatas tanggungjawap dan amanah mereka pada negara selama isu 1MDB menjadi popular.

Kini telah juga disahkan bahawa wang yang dimasukkan kedalam akaun perdana menteri adalah Wang DERMA dari Timur tengah dan bukan wang dari 1MDB ini disahkan oleh sprm sendiri namun sprm sebenarnya bukan menyiasat 1MDB tapi dua syarikat yang mungkin menjadi perantaraan kepada isu wang 1MDB.sebab itu mereka juga perlu menyiasat jika ada mana-mana lagi proksi-proksi yang wujud dalam isu ini.maka rakyat tidal perlu hairan jika sprm menyiasat sesiapa pun yang disyaki mampu menjadi proksi termasuk isteri perdana menteri sendiri.

Perdana Menteri sendiri telah menyatakan wang yang beliau terima adalah wang sumbangan dana politik parti UMNO namun tidak mahu memberitahu siapa penyumbangnya malah perdana menteri selaku presiden UMNO sentiasa melontarkan CABARAN agar parti-parti politik di malaysia masing-masing menunjukkan penyumbang-penyumbang kepada parti politik mereka maka UMNO tidak akan takut untuk membuat perkara yang sama.namun kini rasanya parti-parti politik ini sudah bersedia untuk menunjukkan pada rakyat penyumbang-penyumbang mereka tapi apakah UMNO sememangnya punya kekuatan bukan ketakutan untuk UMNO sendiri masuk gelanggang dalam cabaran mereka sendiri.rakyat sentiasa mahukan yang terbaik buat negara.yang baik rakyat sokong,yang tak baik rakyat tetap tolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan