Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan pembangkang akan menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO menerusi Dato' Seri Najib Tun Razak.malah beliau juga begitu optimis parti Islam PAS juga akan tumbang memandangkan PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP,apatah lagi dengan kekalahan pemimpin-pemimpin PAS yang selalu menyebelahi DAP dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh PAS,malah kini DAP dikatakan menaja Parti GHB serpihan PAS yang mana pemimpin-pemimpin yang kalah dalam pemilihan PAS.malah PAS kini juga dalam keadaan yang tidak stabil kerana gelombang ahli-ahli PAS menyertai GHB sudah mula digerakkan.
Dalam pada masa yang sama Ketua Menteri itu juga membayangkan bahawa rakyat semakin tidak percaya dengan kerajaan pimpinan Najib dengan beberapa penafian namun akhirnya memang wujud AKAUN dan menerima dana dari luar negara yang diterima Najib bagi parti politik UMNO.isu kebocoran maklumat kerajaan penangkapan dan soal siasat,kenaikan pangkat orang-orang politik,pengguguran muhyiddin sebagai TPM,pertukaran peguam negara seakan-akan memberikan tekanan pada penyiasat-penyiasat yang terlibat dalam skandal 1MDB.ini membuatkan rakyat merasakan dihidangkan dengan showcase dari pihak kerajaan pada mereka dan pastinya rakyat tidak akan memberikan undi pada BN pada PRU14 nanti.malah bebanan yang ditanggung oleh rakyat dalam pelaksanaan GST juga membuatkan rakyat merasa tertekan dengan kos sara hidup seharian mereka.isu-isu ini memberikan ruang pada pihak parti politik dari pembangkang meraih undi dari rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan