Harga minimum rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam hari ini.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) hari ini.
"Harga minimum ini akan dinaikkan kepada RM10 mulai 1 Ogos 2016," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya di sini.
Beliau turut mengumumkan dua peraturan baharu melibatkan kawasan zon larangan merokok, melibatkan tempat awam dan tempat makan berhawa dingin.
Dr Subramaniam berkata bermula 1 Januari tahun hadapan, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan