13 Mayat Tidak Di Ketahui

Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan perkuburan, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat ini.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad, berkata sebanyak sembilan lagi rangka mayat dibawa turun dari hutan berkenaan, malam tadi.

"Semua rangka berkenaan sampai di kaki bukit pada jam 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut oleh pakar patologi.

"Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi yang sudah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini malam ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan