Commit Suicide?

Jika kita lihat sekarang,pihak kerajaan seolah-olah melakukan 'suicide' dengan menaikkan harga barangan dan cukai dengan serentak.Kita tidak tahu mengapa jadi begini dan mengapa kerajaan kini seolah-olah begitu tidak cerdik menangani situasi.Seperti hendak bunuh diri saja.

Harga barangan dan cukai boleh dinaikkan dengan syarat:

1)Mengikut keperluan yang disahkan mengikut pertimbangan wajar dan prosedur ketat. 2)Secara berperingkat dan tidak menekan mengikut jangkamasa,bukannya serentak atau dalam sela masa yang terlalu hampir. 3)Ada jaminan atau perancangan untuk menurunkan kembali harga barangan setelah ekonomi stabil atau bekalan sudah kembali seimbang atau berlebihan.

Tugas kerajaan adalah berkhidmat untuk masyarakat.Jika ada alasan kukuh untuk menaikkan cukai atau harga,perlu ada penerangan yang jujur dan mampan untuk memberitahu rakyat mengapa kerajaan berbuat demikian.

Trend kerajaan BN sekarang ialah selepas pilihanraya,pasti harga minyak akan naik.Ini pasti.Namun kini kemampuan kerajaan BN semakin dasyat apabila membabibuta menaikkan beberapa cukai dan harga barangan hampir serentak dan 'janji-janji' untuk melaksanakan GST.

Ini adalah aneh.Sangat aneh.

Jika ada penerangan secara saintifik dan ilmiah,tolong beritahu rakyat dengan sewajarnya.Apa yang perlu ditakutkan.

Tidak mengapa jika makanan dicatu atau cukai dinaikkan dalam situasi yang menekan contohnya dalam peperangan,dimana cukai dinaikkan untuk membiayai perang namun adakah kita sekarang sedang berperang??

Jika saya berada di kalangan pemuka-pemuka kerajaan di Putrajaya,saya ingin bertanya:

Adakah Kerajaan Sedang Melakukan'Commit Suicide'?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan