Menjelang pemilihan semula 13 Cabang PKR di Selangor yang sebelum ini dibatalkan, kempen memperburuk-burukkan penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin diperhebatkan.Dua banner di bawah yang dipasang di sekitar Selangor mula disebarkan di alam maya sejak semalam.Dalam banner itu, Azmin didakwa terlibat dengan skandal tanah lapang Melawati, kongsi gelap dan pelacuran di Selangor.Manakala, Zuraida pula dikaitkan dengan skandal duit tanah lapang 'Satay Station,' Jalan Bukit Belacan Ampang, duit haram daripada asrama Bangla, Mynmar dan Indon di Tasik Campuran, Ampang.kedua-dua banner itu mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut.Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR pada 23 Mei lalu telah mengeluarkan keputusan pemilihan sehingga 22 Mei yang menunjukkan Azmin masih mendahului dua pencabarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan majoriti yang selesa.Azmin memperolehi 14,676 undi, berbanding dengan Khalid, 10,318 undi dan dan Saifuddin, 7306 undi.Perbezaan majoriti di antara Azmin dan Khalid adalah 4358 undi.Manakala untuk jawatan Ketua Wanita, penyandangnya, Zuraida Kamaruddin diekori rapat oleh pencabarnya, Roziah Ismail.Walaupun penyandang Ketua Wanita, Zuraida masih mendahului Rodziah, namun majoriti kemenangannya hanyalah 378 undi.Zuraida mendapat 4936 undi diikuti rapat dengan Rodziah dengan 4558 undi.Selanjutnya, sila baca, "Pemilihan PKR : Sayap Wanita Kem Khalid/Saifuddin Ikuti Rapat Kem Azmin."Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata pemilihan semula 13 Cabang di Selangor yang sebelum ini dibatalkan akan diadakan pemilihan semula mulai 7 Jun hingga 22 Jun ini.13 Cabang yang dimaksudkan itu adalah Petaling Jaya Selatan, Kelana Jaya, Shah Alam, Subang, Klang, Kota Raja, Kapar, Selayang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Ulu Selangor dan Hulu Langat."Di Selangor, kita mula pemilihan semula pada 7 Jun ini tetapi tempat pengundian belum diputuskan dan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat," katanya, dilaporkan Selangorkini.Selangorkini turut memetik kenyataan Johari yang mengumumkan bahawa semua cabang di Terengganu yang sebelum ini ditangguhkan termasuk Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Pengerang juga akan diadakan pemilihan semula bermula pada 31 Mei ini.Turut dilaporkan proses pemilihan semula akan diadakan di Tenggara, Bukit Katil dan Sungai Petani, pada 1 Jun, diikuti pada 7 Jun di Jerantut, Paya Besar, dan Pasir Putih.Seterusnya, pada 8 Jun, pemilihan semula akan diadakan di Batang Sadong, Julau, Kapit dan Sarikei.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan