Masyarakat Perlu Nilaikan Dulu Akta Pencegahan Jenayah (PCA)

Polis meminta masyarakat agar menilai cadangan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung akta pencegahan jenayah (PCA) baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin berkata, orang ramai tidak seharusnya menolak bulat-bulat saranan yang dibuat beberapa pihak terutamanya jika ia mendatangkan manfaat kepada mereka, terutama dalam mengekang jenayah.
Beliau menegaskan akta berkenaan diperlukan polis memandangkan dua akta
iaitu Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan.
"Saya minta masyarakat menilai. Memanglah ia (cadangan) hak mereka untuk
terima atau tidak, tapi bagi kita, kita memang perlukannya," katanya pada di Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Keluarga Sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan