Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam, menangani cabaran perdamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.
Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar Perdana Menteri ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan PRU-13.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling berkata, usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas PRU-14.
"Cabaran paling utama, bagaimana untuk memautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.
"Inilah cabaran PRU-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing-masing," katanya.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan