Tahanan Lari PDRM Masih Ego Berulang-Ulang

                                                                       gambar hiasan

Polis sedang memburu seorang penagih dadah tegar yang meloloskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu suspek berusia 60-an dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek ditahan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dia dipercayai diiringi dua anggota polis ketika kejadian.
Katanya, siasatan yang dilakukan didapati berlaku kecuaian anggota polis dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan suspek dapat meloloskan diri.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana kecuaian menjalankan tugas dan tindakan tatatertib diambil terhadap anggota polis terbabit,” katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya kini melancarkan Ops Kesan terhadap suspek yang masih belum ditemui.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi 04-2181822 atau 04-2221522 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan