Syarat baharu Bank Negara Malaysia mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian rumah untuk penjawat awam bakal memberi kesan kepada prestasi kewangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kebanyakan koperasi di bawah Angkasa menawarkan tempoh maksimum pinjaman peribadi selama 10 tahun namun ada beberapa koperasi yang menawarkan pinjaman sehingga 25 tahun.
"Kita akan melakukan kajian secara menyeluruh mengenai kesan pensyaratan baharu oleh Bank Negara terhadap kira-kira 600 badan koperasi yang menawarkan pinjaman kepada anggota-anggota,” katanya di sini, hari ini.
Abdul Fattah berkata, Angkasa akan mengadakan perbincangan dengan gabungan koperasi terbabit pada Jumaat ini bagi mengkaji kesan syarat baharu Bank Negara itu terhadap prestasi dan operasi syarikat serta kedudukan kewangan masing-masing.
Pada 5 Julai lepas, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan bank pusat itu menetapkan tempoh maksimum pinjaman peribadi selama 10 tahun manakala pembelian rumah 35 tahun untuk para penjawat awam.
Langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini yang berada pada paras 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan