Hari ini hari pertama umat islam di malaysia melakukan ibadah puasa dalam keadaan aman dan harmoni tanpa ada sebarang gangguan yang mengganggu umat islam melakukan ibadah tersebut,walaupun ada segelintir mereka-mereka yang dengan sengaja atau tidak cuba menyakitkan hati umat islam di malaysia dengan perangai mereka namun semuanya dalam keadaan terkawal.AKU ANJOI ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga puasa semua umat islam di dunia khususnya di malaysia mendapat tempat disisi ALLAH SWT.
Seperti biasa pada bulan puasa ini Aku Anjoi akan sibuk di tapak-tapak bazar ramadhan yang telah disewa dari dbkl mahu pun tapak-tapak oleh pihak lain(yang berlesen tau).dan ini tahun pertama bila Aku Anjoi dapat berniaga di jalan tunku abd rahman(TAR) kuala lumpur,harapan pada tahun ini akan mendapat rezeki yang diredai oleh ALLAH SWT.Aku Anjoi juga mengharapkan semua sahabat-sahabat mendapat perkara yang sama walaupun berbeza cara sama ada yang berniaga atau yang makan gaji,ingatlah hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita dengan berpandukan ajaran ISLAM.
SELAMAT BERPUASA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan