Kedua-dua calon ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Kedua-duanya Melayu-Bumiputera dan kedua-duanya beragama Islam.
Yang menjadi perhatian bukanlah Tengku Zaihan yang mewakili UMNO-BN atau Azlan Jusoh yang mewakili PAS. Sebaliknya yang jadi perhatian adalah Husam Musa yang merupakan Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut bagi pihak PAS dan Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Husam Musa yang kalah di Putrajaya, membayangkan yang PAS boleh merampas kerusi DUN Kuala Besut. Dan sekali lagi Husam Musa yang cukup sinonim dengan cerita 'MINYAK'nya, menjadikan minyak sebagai bahan kempen utama.
Katanya, Terengganu mengeluarkan minyak tetapi Kuala Besut kekal sebagai antara wilayah termiskin di Terengganu kerana ekonominya tidak merata.
Justeru, jangan hairan pula kalau dalam tempoh berkempen nanti, tiba-tiba pula Husam Musa muncul dengan idea, MINYAK DITEMUI DI KUALA BESUT, sebagaimana cerita dongengnya tentang minyak yang ditemui di Kota Bharu sehinggakan peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, bingung dan tidak tentu arah kerana sudah terdengar ura-ura kononnya mereka terpaksa meninggalkan tempat perniagaan tersebut bagi memberi laluan kepada pencarian minyak di bawah pasar.
Dan dongeng popular Husam Musa pula disambut oleh para pecacainya dengan penemuan PETROL RON95 dalam sebuah telaga di Kelantan!
Apakah akan ditemui minyak petrol atau diesel atau minyak tanah di Kuala Besut pula nanti?
Dan adakah Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan mengumumkan peruntukan besar untuk sekolah-sekolah vernakular (jikalau ada) di Kuala Besut dalam usaha untuk mendapatkan undi dari puak-puak chinabeng dan thambi?
Yang pasti, akan ada janji-janji menarik dan akan ada pertembungan antara puak-puak yang berkepentingan dalam pemilihan parti masing-masing, baik PAS mahupun UMNO!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan