Bantu Polis Tanggani Jenayah Berat

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mencadangkan agar rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 (EO) yang mungkin digubal kerajaan kelak perlu memberi penekanan kepada aspek membantu polis dalam menangani jenayah berat.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes jenayah berat dan trend menembak mati mangsa di tempat awam.
"Undang-undang baharu ini amat diperlukan pada masa kini dan saya percaya ia berpotensi untuk membantu pihak polis dalam menjalankan tugas mereka memerangi jenayah.
"Saya yakin sekiranya jenayah berat dapat diturunkan melalui undang-undang baharu tersebut, orang ramai tidak mempunyai masalah untuk memberikan sokongan," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan