Kelangsungan Melayu Dalam PRU13

Seperti yang dijangka apabila YAB PM telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada pagi 03.04.2013 dan setelah mendapat perkenan dari Yang Di Pertuan Agung maka YAB PM telah menggumumkan pembubaran parlimen Malaysia bagi menjalankan proses pemilihan kerajaan yang baru bagi tempoh 5 tahun lagi.PRU13 kali ini sememangnya mencabar dan hangat serta sengit diantara parti kerajaan Barisan Nasional dengan Pakatan Pembangkang dimana kerajaan Barisan Nasional dengan sedaya upaya mahu mendapatkan mandat semula bagi tempoh 5 tahun serta merampas kembali negeri-negeri yang telah berjaya dirampas oleh pakatan pembangkang dalam PRU12 yang lalu.namun selepas PRU12 peralihan kuasa yang telah diserahkan pada YAB PM Dato Sri Najib telah bekerja kuat dari hari pertama beliau menerima jawatan sehinggalah pada hari pembubaran parlimen yang diumumkan oleh beliau sendiri bersama dengan Timbalan PM YAB Tan Sri Muhyiddin serta ahli-ahli kabinet yang lain.kerja kuat serta TRANFORMASI yang telah dibawa oleh YAB PM dalam masa 4 tahun ini sememangnya telah mula membuahkan hasil pada negara dan rakyat khususnya.adalah sempurna dan alangkah baiknya kerajaan Barisan Nasional perlu diberikan mandat semula bagi meneruskan Tranformasi yang telah dilakukan agar ianya benar-benar berjaya dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tidak kira sama ada dalam dan luar bandar.semoga kerajaan Barisan Nasional akan terus diberikan mandat bagi mentadbir negara malaysia...UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan