Rakan kongsi firma guaman, Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai pertubuhan sah.
Ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong berkata surat itu bagi meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili pertubuhan itu membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.
"Suaram terima berpuluh-puluh juta dan firma guaman ini seperti grand design untuk tutup kegiatan ini dan bagi memburukkan negara serta berniat jahat.
"Zain & Co yang berpejabat di Jalan Tun Perak juga memperoleh kontrak besar daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Kenapa Grand design kerana surat ini ditandatangani rakan kongsi syarikat guaman itu, Amir Hamzah. SUARAM bukan badan berdaftar, tidak sah tapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM adalah badan sah melalui Suara Inisatif tetapi tidak kata sendirian berhad.
Pendedahan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembagunan 2013 Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, semalam.
Choo Keong turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan