Tindakan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang lari ketika diminta menandatangani bantahan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W Islam dan twitter Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan tentangan umat Islam dunia menjadi tanda tanya sekaligus mencerminkan pendiriannya mengenai isu ini.
Wakil daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Jefri Amin Abd Hamid menjelaskan Nizar seakan-akan kecut dan melarikan diri apabila diminta untuk menandatangani kempen tandatangan itu ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri hari ini.
Katanya lagi, beliau selaku wakil PERKASA telah hadir ke sidang Dewan untuk mengutip tandatangan wakil rakyat.
Bagaimanapun beliau berkata hanya kalangan wakil rakyat Barisan Nasional sahaja yang menyertai kempen tandatangan itu manakala wakil rakyat pembangkang tidak menunjukkan minat apabila diminta berbuat demikian.
“Saya sempat bertemu Nizar untuk meminta tandatangannya, namun dia beri alasan untuk tandatangan selepas sesi sidang media sedangkan tidak banyak masa untuk turunkan tandatangan.
“Saya pun tunggu diluar sehingga dia habis sidang media. Apabila dia keluar saya sekali lagi pergi ke Nizar tetapi dia bagi pelbagai alasan seolah-olah mahu larikan diri.
“Bila saya tanya kenapa tak nak sokong kempen ini dia berdolak dalik dan dia terus pergi dengan alasan ada hal mustahak yang perlu diuruskan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan