Buruknya Pantai Bukit Kluang,Besut Terengganu






Mood berhari raya pada tahun ini sempat juga Anjoi menghabiskan masa di pantai yang paling dekat dengan rumah di jertih,terengganu iaitu di pantai bukit kluang,pantai ini sememangnya tetap menjadi pilihan keluarga dan setiap rakyat di jertih untuk bersantai bersama keluarga dan orang tersayang di sini,ombaknya dan angin pantainya yang sentiasa memberikan kepuasan menikmati pantai di negeri terengganu sememangnya indah dan akan membuatkan kita akan kembali lagi di pantai ini,mungkin kita akan kembali untuk bermandi manda,bersantai menikmati ombak dan angin pantai atau melakukan aktiviti bermain pasir dan bbq di sana,pantai bukit kluang jika tidak dapat disusuri setiap genap pantainya akan menyebabkan kita tidak akan dapat menikmati keindahan pantai yang mempuyai batu-batu yang besar dan gua yang membolehkan para pengunjung akan dapat menikmati suasana pantai yang agak sempoi...namun apa yang Anjoi nak memberitahu ialah berkenaan prasarananya yang tidak di BAIK PULIH untuk keselesaan pengunjung yang datang ke pantai bukit kluang ini,keadaan ini juga mencacatkan pemandangan pada para pengunjung,Anjoi mengharapkan agar pihak berkenaan akan dapat memberikan perhatian kerana ia juga salah satu tempat tarikan pelancong yang hadir ke negeri terengganu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan