Bila Hadi Ada Niat Jadi PERDANA MENTERI,Anwar Bengang

Muka Anwar merah menyala pagi ini apabila satu laporan akhbar Cina diberikan kepada beliau oleh DAP. Parti DAP yang masih lagi berasa belum tenteram dengan isu Hudud yang dibangkitkan oleh PAS – tidak selesa apabila PAS mengeluarkan kenyataan bahawa ANWAR bukanlah satu-satunya CALON PM daripada Pakatan Rakyat. DAP cukup kecewa apabila wawancara Haji Hadi dan Guang Ming mengemukakan pandangan yang berbeza.
Paling tidak dapat diterima oleh DAP:- Hudud masih lagi berada di dalam RADAR PAS; Negara berkebajikan penting – tetapi Hudud masih dipertahan; Dua syarat menjadi PM: beragama Islam dan diterima oleh majoriti; Anwar bukan satu-satunya calon PM; Hudud akan dilaksana di Terengganu dan Kelantan;
Bab Anwar bukan jadi calon tunggal PM – memang menyebabkan Anwar angin satu badan. Sudahlah minggu lepas, Anwar terpaksa tampil terangkan mengenai isu Hudud – kali ini timbul pula isu PM.
Anwar memang kecewa kerana banyak isu dalaman sudah menjadi tidak terkawal. Banyak sangat.
Anwar juga kecewa kerana sudah beberapa kali mengatakan, PAS tidak wajar bercita-cita menjadi PM – kerana DAP tidak akan menerimanya. Ini sudah dipersetujui lama. Maka, jawatan TPM akan diperuntukkan kepada PAS. Apa lagi?
Nampaknya, PAS tak boleh puas hati sebagai PM. Mahu jawatan lebih besar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan