Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset UNISEL.
Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan