SPRM Buka Semula Siasatan Terhadap Nik Aziz

Kaum Pakatan ternyata tidak berpuas hati dengan penjelasan Nazri Aziz bahawa kertas siasatan skandal rasuah melibatkan Nik Aziz dan menantunya dibuka kembali oleh SPRM. 

Kata mereka tindakan tersebut dibuat kerana UMNO sudah terdesak untuk pilihanraya. 

Agak aneh juga perangai mereka ini. Tatkala siasatan dijalankan terhadap pemimpin UMNO mereka bersungguh-sungguh memberikan gambaran seolah-olah pemimpin UMNO berkenaan memang telah melakukan rasuah. 

Sekaligus mereka mendahului keputusan siasatan dan perbicaraan. 

Bagaimanapun sikap mereka berubah sama sekali apabila siasatan melibatkan pemimpin mereka sendiri. Bila kena tang batang hidung sendiri, lain pula ayat yang dikarang! 

Patutnya inilah masanya untuk mereka membuktikan yang mereka sememangnya berpegang kepada keadilan dan ketelusan. 

Lagipun keputusan siasatan SPRM lalu yang membebaskan Nik Abdul Aziz dan menantunya, Ariffahmi sememangnya menimbulkan terlalu banyak kecurigaan. Ditambah pula pegawai SPRM yang menyiasat kes berkenaan diragui kesahihannya memandangkan wujudnya beberapa fakta dan bukti berkaitan yang hilang secara tiba-tiba dan penuh misteri. 

Nak takut apa kalau tak buat salah. Alangkan Khir Toyo selamba badak sahaja ke mahkamah dan begitu tenang menerima keputusaan mahkamah, takkanlah orang yang berserban besar dan bertongkat selain dikatakan memiliki karomah, perlukan bantuan daripada puak-puaknya agar tiada prosiding mahkamah dikenakan kepada Nik Aziz! 

Jangan bikin malu sama ulama, beb. Dalam sejarah Islam, ulama yang dicongkel biji mata, dikurung sampai mati dan diseksa sehingga cacat cukup banyak kisahnya. 

Masakan ulama PAS takut dengan proses keadilan di negara ini yang tidak menggunapakai hukum hudud pun? Bukannya kalau didapati bersalah tangan kiri dan kaki kanan Nik Aziz akan dipenggal oleh petanda!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan