Kenapalah rakus & terdesaknya pihak KWPKB & DBKL ni menghantar wakil seorang Dato' dalam perjumpaan dengan pembeli rumah pangsa Sri P.Pinang yang terlibat dalam perancangan pembangunan semula kawasan tersebut? Notis diterima oleh pembeli semalam petang dan pengerusi persatuan Penduduk dapat fax tengah hari tadi jam 12 dijemput ke perjumpaan malam tadi jam 8.30mlm. Pembeli ditawar rumah 720kp berbanding perbincangan awal 900kp.nk ambik hati pembeli ditawarkn kitchen kabinet diberi dengan harga katanya RM13k. Katanya lagi kalau tak nak boleh jual pada pemaju dan boleh guna duit tu duduk kampung,amboi kasarnya.Digertak dan semacam diugut kalau tak setuju dan nak bawa kes ke mahkamah dipersilakan tapi katanya jangan jadi macam Kampung Kerinchi kerana akhirnya kerajaan menang. Jangan samakan setiap kes tu sama dan jangan diperbodohkan rakyat. Rakyat juga punya suara dan hak. Inikah dasar-dasar kerajaan yang dibawa oleh KWPKB & DBKL? Yang rakus sangat ni kenapa? tak sabar nak dapat komisyen ker? Apa dah tak mahu fikir suara-suara pengundi ke? Inilah patutnya kerajaan tengok sendiri yang sebenarnya orang yang merosakkan negara ini adalah orang kerajaan juga. Rakyat tidak menolak pembangunan tapi biarlah sama-sama untung atas pembangunan itu. Mohon PM & Menteri berkenaan ambik maklum perkara ini.....
perkara ini disuarakan oleh sahabat aku anjoi yang hadir pada perjumpaan tersebut,hal ini akan mula meniti dibibir rakyat khususnya oleh pembangkang mulai tengah malam ni kut....hihihihihi....tengok-tengoklah macam mana nak selesaikan,janganlah panggil gangster untuk berbicara dengan rakyat,panggil lah mereka yang berkhemah dan berbudi baik dalam menutur kata...semoga cepat selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan