Wah, nampaknya Rafizi memang lebih berani daripada Anwar. Nyata. Rafizi sanggup BERSUNAT sekali lagi kalau dia lompat parti. Style juga budak MCKK ni. Kalau orang lain sumpah laknat. Rafizi ambil short cut. Spesifik. Kalau dia lompat parti – dia bersunat sekali lagi.
Oklah tu. Tak ada orang yang persoalkan kesetiaan Rafizi pun. Kita yang dalam grup reformasi pun tak ada terlintas dia nak lompat. Rafizi banyak berhutang dengan Anwar. Banyak. Macam Saifuddin Nasution juga. Saat bersepah tanpa ada harta; Anwar lah yang pungut dan angkat mereka ke atas. Beri kerja. Beri pendapatan. Sediakan rumah dan kenderaan. Kalau itu pun nak kencing juga – payahlah.
Tapi memang Rafizi ada ‘dosa politik’ dengan orang atasan. Ini soal kesetiaan dan konsistensi. Nak kata Rafizi bergaduh dengan Anwar; rasanya tidak. Tak mungkin berlaku. Tapi Rafizi tak mahu nak duduk ‘tengah-tengah’, saat ada orang lain berlaga angin. Rafizi ini memang setia orangnya. Sangat setia. Jadi daripada terus serba salah, Rafizi ambil keputusan untuk berundur.
Kecewa dengan MB Khalid?
Kalau tanya Rafizi sendiri, memang tidak akan mengaku. No lah. Never. My relationship is good. Macam-macam ayat dia tekan. Ayat spin. Tapi pada hakikatnya, Rafizi memang ada masalah sedikit dengan MB. Bukan sikitlah. Banyak.
Rafizi sudah beberapa kali ditegur untuk make up his mind dalam any possible future ‘struggle’ di Selangor. Rafizi kena buat keputusan. Itu sahaja. Tak boleh duduk atas pagar. Kalau dalam PKR, duduk atas pagar jawapannya – meninggal awal.
Kalau mengikut cerita kawan-kawan dalam PKR; Khalid Ibrahim boleh melupakan terus hasrat bertanding dan menjadi MB di Selangor. Sudah hampir dinoktahkan oleh permainan Azmin. Bertanding mungkin ya. Tapi MB boleh dilupakan sama sekali. Prestasi Khalid amat hambar. Kalau macam player bola, jadi striker – tapi setelah 4 tahun, tak score goal. Memang nak kena buang lah namanya tu.
Abang-abang reformasi ucap selamat berjuang kepada Rafizi. Agak bijak juga keputusan Rafizi. Kalau ikut pada suasana semasa, Rafizi berada dalam kem yang lebih kuat. Itu yang paling penting. Kita tak naklah bakat Rafizi hancur begitu sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan